E-Tunai RM30 dan Politik

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

1. Program e-Tunai Rakyat diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet dengan pemberian RM30 yang boleh ditebus melalui satu daripada tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost atau Touch ‘n Go.

2. Walaupun langkah ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik, namun tindakan kerajaan mengehadkan kepada tiga pengendali sahaja berbanding merangkumi semua syarikat penyedia perkhidmatan ini telah mewujudkan ketidakadilan persaingan perniaagaan.

3. Secara tidak langsung kerajaan telah memberi bantuan kepada tiga syarikat ini dan mengecilkan peluang syarikat lain untuk berkembang.

4. Kerajaan secara membuta-tuli telah membantu tiga syarikat ini berkembang menggunakan dana rakyat. Apakah ada urusniaga terlindung parti politik tertentu dengan pemilihan ini?

5. Sesuatu yang lebih membimbangkan kini ialah wujud dakwaan kerajaan memanipulasi data-data yang dikutip ini untuk tujuan politik.

6. Dalam satu kes terpencil seorang pembaca mengadu kepada penulis bahawa anaknya yang membuat tuntutan e-Tunai ini telah didaftarkan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh pihak ketiga.

7. Walaupun tiada bukti jelas hubung kait antara pendaftaran e-dompet dengan pra-pendaftaran sebagai ahli PKR, namun pemasaan (timing) ia berlaku sangat mencurigakan.

8. Pengendali e-dompet perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan data. Kerajaan juga harus lebih telus dalam mengagihkan dana-dana seperti ini supaya tidak dilihat pilih kasih kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.

Oleh Ab Jalil Backer

spot_img