Wednesday, April 14, 2021
Spread the love

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun, Juhar Mahiruddin.

Pertemuan setengah jam di Istana Negeri Sabah masih gagal menemukan titik penyelesaian bagi menamakan seorang Ketua Menteri daripada GRS.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu media bahawa Tuan Yang Terutama meminta suatu tempoh untuk membuat keputusan dan akan memuktamadkan dalam tempoh segera.

“Tuan Yang Terutama minta tempoh… dalam tempoh terdekat,” kata Adun Lamag di pekarangan Istana Negeri, di sini, hari ini.

Perkara sama turut dimaklumkan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim menyerahkan lantikan Ketua Menteri kepada kebijaksanaan Tuan Yang Terutama.

Nampaknya drama pemilihan Ketua Menteri Sabah sukar ditamatkan dengan mudah memandangkan sekutu GRS tidak mengalah.

Sebelum ini Hajiji dijangkakan akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 2 petang ini.Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian menamakan calon Ketua Menteri apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan Hajiji namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas mahu wakil rakyat BN diangkat mengemudi Sabah.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN, dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya semalam setelah memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -