Monday, April 12, 2021
Spread the love

Dr Mahathir paling layak kenang jasa Tun Rahah, kata Chegubard

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Pemergian Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah semalam meninggalkan 1001 kenangan kepada negara.

Badrul Hisham Shaharin, nama popular Chegubard, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang selayaknya mengenang pemergian Allahyarham dan bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein.

“Saya tidak kenal secara peribadi Tun Razak malah tidak pernah berkesempatan bertemu maka itu sahaja mampu saya nukil.

“Namun daripada apa yang disampaikan ialah Dr Mahathir ialah manusia yang sewajibnya berterima kasih dengan Tun Razak.

“Daripada ‘buangan politik’ dengan politik rebelnya, Tun Razaklah mengutip semula Dr Mahathir dan meletakkan semula Dr Mahathir dalam politik kuasa serta meletakkan beliau dalam jalan kuasa sehingga mana beliau berada selepas itu,” katanya.

Allahyarham Tun Rahah menghembuskan nafas terakhir semalam pada usia 87 tahun selepas dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya.

Chegubard, yang juga bekas ketua cabang PKR Rembau, berkata bagaimanapun Dr Mahathir dilihat tidak mengenang jasa pasangan suami isteri itu.

“Semalam sebahagian besar dari sejarah pengorbanan Tun Razak turut pergi bersama Tun Rahah. Tun Razak mahupun Tun Rahah mungkin tidak sepanjang umur Dr Mahathir tetapi kelihatan kesempatan itu Dr Mahathir tidak gunakan sebaiknya.

“Saya cuma nak beritahu ketika Dr Mahathir naik jadi perdana menteri kali kedua beliau kerahkan anggota polis ke rumah isteri manusia paling berjasa.

“Ketika di usia 87 tahun Tun Rahah melihat polis menyerbu kediamannya, diselongkar sehingga dipecah bumbung dan sebagainya. Ditinggal rumah begitu sahaja.

“Namun ketika Tun Rahah habiskan masa-masa akhirnya di katil hospital, semua pemimpin sama ada rakan atau musuh politik datang menziarahi namun Dr Mahathir terus kekal ego di istananya,” katanya.

Dr Mahathir pagi ini difahamkan menziarahi jenazah Tun Rahah sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -