Thursday, January 21, 2021
Spread the love

[Video] Dituduh lagi sokong Anwar, Idris buat laporan polis

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh hari ini membuat laporan polis bagi menegaskan yang beliau tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Idris yang juga Pengerusi Felda berkata laporan polis merupakan cara terbaik untuk beliau menjelaskan pendirian serta membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan Presiden PKR itu.

“Saya tidak pernah dihubungi (oleh Anwar), tidak pernah memberikan sokongan (kepada Anwar) tapi dikatakan menyokong. Saya tidak faham.

“Saya sudah membuat kenyataan media sebelum ini menafikan saya menyokong Anwar namun seolah-olah tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, selepas beliau membuat laporan polis itu.

Idris juga menyifatkan dakwaan yang beliau menyokong Anwar itu sebagai tindakan terdesak.

Menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media selepas itu, Idris berkata pada 6 Oktober lepas beliau dimaklumkan oleh pegawainya berhubung nama beliau disebut dalam artikel bertajuk “Gempar!!! Senarai 121 ahli Parlimen Sokong Anwar Tular”, yang dimuat naik oleh sebuah laman sesawang.

Katanya, beliau kemudian membuat semakan dan mendapati namanya disenaraikan sebagai antara 121 ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Dua hari lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda pada Selasa ini (13 Oktober) bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. — Bernama

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -