[Video] Dibelasah selepas rempuh mati penunggang motosikal

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

LELAKI yang dibelasah orang awam selepas pacuan empat roda dipandunya merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian dalam kemalangan di Jalan Kebun, Klang, direman untuk membantu siasatan, hari ini.

Hari ini, rakaman video pemandu Ford Ranger berusia 37 tahun terbabit dipijak dan dibelasah orang awam selepas kemalangan itu, tular di Facebook.

Terdahulu, kemalangan yang berlaku itu menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi parah sejurus motosikal masing-masing dirempuh kenderaan Ford Ranger dipandu lelaki itu, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, penunggang motosikal Nuovo LC, Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Hazid Mohd Kamil, 27 dan Muhammad Anas Mokti, 27, parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati Ford Ranger itu dipandu dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Ford Ranger itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua motosikal terbabit sebelum terbabas ke dalam longkang.

“Penunggang dan pembonceng Honda EX5 dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan ditempatkan di zon kuning dan zon merah.

“Manakala, penunggang Nuovo LC disahkan maut di tempat kejadian,” katanya kepada Harian Metro.

Shamsul Amar berkata, mayat mangsa dibawa ke HTAR untuk bedah siasat dan proses dijalankan 12 tengah hari ini.

Menurutnya, pemandu Ford Ranger berkenaan direman jam dua petang ini.

“Saringan awal kandungan alkohol dalam darah melalui ujian pernafasan pada pemandu Ford Ranger menunjukkan ia pada tahap kawalan yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak gangguan dalam siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

PACUAN empat roda yang merempuh dua motosikal dalam kemalangan di Jalan Kebun, Klang. | pakdin.my

Video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=510786326520794&id=100027682941890

spot_img