Friday, April 16, 2021
Spread the love

Deputi Komisioner disyaki bersekongkol dengan Addy Kanna

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Deputi Komisioner antara 29 pegawai dan anggota polis sedang disiasat dipercayai terbabit dengan sindiket didalangi Addy Kanna.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, salah seorang termasuk pegawai berpangkat Inspektor yang dipercayai memiliki wang simpanan dalam akaun berjumlah RM1 juta.

“Pada permulaan, empat anggota polis kemudian kita kenal pasti lebih ramai nama ditimbulkan dalam pembabitan dengan Addy Kanna.

“Kita akan buat susulan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pembabitan dengan sindiket ini, berkaitan isu aset dia, pergerakan dia dan sebagainya.

“Setakat ini 29 nama yang ditimbulkan disiasat (mungkin lebih ramai lagi yang akan disiasat) dan akan majukan kertas siasatan kepada pihak atasan untuk rujukan hukuman, kita berharap Januari boleh diselesaikan.

“Berhubung Inspektor polis yang memiliki simpanan RM1 juta, kita akan minta penjelasan lanjut dan siasat secara mendalam dari mana wang itu diperolehi sebab dia ada beritahu itu pemberian bapanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin kepada pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Zamri berkata, JIPS akan menjalankan siasatan dari segi disiplin, perkhidmatan pegawai dan anggota polis dengan sindiket itu, gaya hidup, pemilikan harta luar biasa, percutian ke luar negara tanpa kebenaran serta pergerakan mereka.

“JIPS akan mendalami siasatan dari pelbagai sudut termasuk ada harta berlebihan yang tidak setara dengan jawatan mereka, kita akan semak dan minta penjelasan.

“Siasatan ini dijalankan mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya sebanyak kira-kira 3,000 aduan membabitkan pegawai dan anggota polis diterima setahun.

“Kertas siasatan dibuka kira-kira 300 kes atau 10 peratus dari keseluruhan yang diterima, kesalahan paling tinggi membabitkan salah laku, diikuti tidak hadir bertugas, hubungan intim di luar perkahwinan yang tidak dibenarkan serta isu yang menyebabkan prestasi terjejas,” katanya.

Katanya, tahun ini JIPS mengecilkan kes itu daripada 1,000 kes aduan salah laku, dengan mensasarkan 200 hingga 300 kes untuk diselesaikan tahun ini.

“Ada yang sampai dibuang kerja dan juga ramai yang ditamatkan perkhidmatan akibat salah laku atau salah guna dadah. Tiada kompromi lagi, itu kesalahan serius. Ada ramai kes salah guna dadah yang ditangkap akan didakwa di mahkamah selain memecat mereka dari perkhidmatan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -