Degil tidak mahu pakai topeng muka di pasaraya, wanita diheret ke balai polis

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

SATU rakaman penuh dramatik tular di internet, menunjukkan seorang wanita bergelut dengan orang awam di sebuah pasaraya di Shenzen, China gara-gara dia enggan memakai topeng muka.

Wanita itu, yang dikenal pasti hanya dengan nama keluarganya, Qiu, dilaporkan ditangkap kerana enggan mematuhi perintah yang dikeluarkan pihak berkuasa di Wilayah Guangdong, Selatan China.

Pihak berkuasa wilayah itu pada 26 Januari lalu mengumumkan perintah untuk memakai topeng muka dan menganggapnya sebagai satu kesalahan sekiranya tidak memakainya ketika di tempat awam.

Qiu sebelum itu diminta oleh beberapa pengunjung pasaraya agar memakai topeng muka atau berlalu dari pasaraya itu, demikian menurut kakitangan pasaraya tersebut.

Pergelutan berlaku apabila wanita tersebut didakwa meludah kepada pengunjung lain.

Ekoran kekecohan tersebut, orang awam kemudiannya menghubungi pihak polis.

Qiu kemudian dibawa ke Hospital Kangning, di mana dia disahkan tidak dijangkiti dengan koronavirus, kata pihak berkuasa.

Dia diserahkan kepada pihak polis Shenzhen untuk tindakan selanjutnya. – Metro.co.uk

spot_img