Darjah kebesaran Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad ditarik balik

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

SEREMBAN – Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan yang berlangsung pada Rabu lepas memutuskan pengurniaan darjah kepada Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad, Ibrahim Yahaya ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah, Datuk Dr Razali Ab Malik dalam kenyataan hari ini berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk kepada Ibrahim pada 14 Jan lepas.

Katanya mesyuarat tersebut telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata Razali.

Semalam, Pejabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menafikan dakwaan dibuat oleh Ritz Corporate Holding Berhad yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah penaung syarikat berkenaan.

Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Mohd Nizam Mohd Akhir dilapor sebagai berkata, syarikat berkenaan yang beralamat di 55-12A-H, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang, tidak pernah memohon perkenan baginda untuk menjadi penaung syarikat tersebut.- BERNAMA

spot_img