Sunday, January 24, 2021
Spread the love

[Video] DAP Manipulasi Isu Peneroka Tanah Haram Di Raub

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

RAUB: Tindakan penguatkuasaan ke atas peneroka tanah haram di Raub oleh kerajaan negeri Pahang telah dipolitikkan, diputar belit dan dimanipulasi oleh parti DAP,  kata Fadzli Mohamad Kamal, Wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu Islam Seluruh Raub.

Tindakan DAP yang diketuai oleh ahli parlimen Raub dan Adun Tras DAP adalah sangat tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Tidak mungkin tanah yang haram itu boleh jadi halal dengan kenyataan-kenyataan dan demontrasi yang telah mereka lakukan.

“Kami warga Raub rasa terpanggil untuk bersama-sama dengan ngo-ngo seluruh Pahang untuk menyatakan rasa tidak puas hati kami ke atas penerokaan tanah haram ini,” kata beliau selepas Himpunan Anti Pencerobohan Tanah Haram dan Penentang Tulisan Jawi, disini.

Fadzli juga menjelaskan, gabungan ngo-ngo yang berkumpul telah menyatakan sokongan dan berdiri teguh dibelakang Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang begitu tegas dan berani mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah haram di Raub walaupun baru menjadi Menteri Besar dalam tempoh 2 tahun.

“Tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah haram di Cameron Highlands, Raub dan Bentong sudah dilakukan oleh kerajaan negeri Pahang.

“DAP tidak perlulah berpolitik, manipulasi dan memutar dengan menggunakan alasan buku hijau untuk menghalalkan peneroka-peneroka haram ini,” kata Fadzli.

Penerokaan tanah haram ini boleh menjejaskan ekosistem, tetapi masalah bekalan air yang sering terputus di Raub ini adalah disebabkan peneroka-peneroka tanah haram. Air yang keroh ini, loji yang ada tidak dapat menampung.

“Kami di Raub menderita, sejak bertahun-tahun akibat penerokaan tanah haram.

“Kerajaan negeri juga kerugian hasil,” ujarnya.

Himpunan ini adalah mesej jelas adalah himpunan permulaan. Andaikata ada lagi gerakan membela peneroka tanah haram ini, ngo yang berkumpul ini akan mengadakan himpunan lebih besar dikawasan tanah yang mereka teroka secara haram.

“DAP cukup-cukuplah, ada benda boleh di politik ada benda yang tidak sesuai di politikkan.

“Atas dasar apapun walau untuk mendapatkan undi, memenangi hati pengundi, itu soal lain. Tetapi soal tanah yang haram tidak boleh di halalkan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -