Sunday, October 25, 2020

Covid-19: Gagal kuarantin wajib, Mohd Khairuddin dipanggil ke Bukit Aman

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali diminta hadir di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) DCP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara berkenaan.

“Beliau akan beri keterangan kes itu esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam berkata, isu mengenai Mohd Khairuddin telah diserahkan kepada polis untuk disiasat.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lepas atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilapor mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin yang gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas. ― Bernama

Berita berkaitan

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...