COVID-19 dikesan pada pakej ikan sejuk beku dari Myanmar

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

NANJING: Sampel yang diambil daripada bungkusan ikan timah sejuk beku diimport dari Myanmar dikesan positif COVID-19 di bandar Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China, kata pihak berkuasa tempatan.

Pegawai pencegahan dan kawalan COVID-19 bandar itu, berkata mereka mengesan virus berkenaan dalam sampel bungkusan yang diambil daripada ikan timah yang disimpan di kedai makanan tempatan.

Pihak berkuasa menyita produk berkaitan yang dikesan dan melakukan kerja pembasmian kuman pada premis serta kenderaan yang digunakan untuk menyimpan atau mengangkut produk itu.

Seramai 17 orang yang mempunyai kontak dengan bungkusan tercemar itu kini di bawah pemantauan pengasingan dan semuanya didapati negatif COVID-19.

China kini meningkatkan usaha untuk menghalang penularan COVID-19 melaui makanan import selepas virus itu di kesan beberapa kali pada produk makanan sejuk beku.

Kementerian Pengangkutan mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu untuk mencegah jangkitan COVID-19 melalui rantaian makanan sejuk beku yang diimport melalui jalan darat atau laut.

Mekanisme pencegahan dan kawalan bersama Majlis Negeri terhadap COVID-19 turut melancarkan pelan untuk pengurusan menyeluruh rantaian makanan sejuk beku import menggunakan konsep pengedaran tertutup yang dapat dijejaki. – AGENSI

spot_img