Friday, March 5, 2021
Spread the love

Covid-19: Arab Saudi mula benarkan solat di Masjidil Haram

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

MAKKAH: Buat kali pertama selepas tujuh bulan, Arab Saudi membuka Masjidil Haram pada Ahad untuk ibadat solat selain memperluaskan ibadat umrah bagi menampung 15,000 jemaah susulan penurunan kes COVID-19 di negara itu.

Warganegara dan penduduk di Arab Saudi yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam Masjidil Haram dengan pelaksanaan langkah kesihatan yang ketat.

“Semua penduduk kini boleh menunaikan solat Subuh hari ini di Masjidil Haram ketika pihak berkuasa mulai melaksanakan fasa kedua penyambungan umrah secara beransur-ansur,” lapor Saudi Press Agency.

Awal bulan ini, Arab Saudi membenarkan sehingga 6,000 warganegaranya dan penduduk setiap hari untuk melaksanakan umrah selepas ia dilarang sejak Mac lalu.

Fasa kedua umrah bermula Ahad dan jumlah jemaah dinaikkan sebanyak 15,000 orang, manakala seramai 40,000 orang termasuk mereka yang menjalani ibadat umrah dibenarkan untuk solat di masjid.

Bagi fasa ketiga yang bermula 1 November ini, jemaah dari luar akan diberikan permit dengan jumlah dibenarkan ialah 20,000 saja, dengan keseluruhan jemaah yang boleh melakukan ibadat solat dan umrah ialah 60,000.

Pelbagai langkah keselamatan diambil, di mana Hajarul Aswad tidak dibenarkan untuk disentuh jemaah.

Masjidil Haram sentiasa disanitasi sebelum dan selepas setiap kali kumpulan jemaah mengerjakan ibadat dan pengimbas suhu juga dipasang untuk mengimbas suhu jemaah.

Ibadat umrah biasanya akan dilakukan jutaan umat Islam setiap tahun dan pihak berkuasa akan membenarkan ia apabila pandemik reda.

Ibadat haji yang dilakukan pada akhir Julai lalu dianggap sebagai sejarah moden kerana dilakukan dalam skala terkecil iaitu 10,000 jemaah dari seluruh dunia berbanding 2.5 juta kebiasaannya.

Arab Saudi mencatatkan lebih daripada 342,000 kes jangkitan COVID-19 dan 5,185 kematian sejak wabak itu bermula. – AFP

SourceMSN News
- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -