Friday, April 16, 2021
Spread the love

COVID-19: Arab Saudi antara negara terawal terima vaksin

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

JEDDAH: Arab Saudi menandatangani perjanjian untuk menerima bekalan awal dua atau tiga vaksin berbeza yang mencapai tahap akhir ujian klinikal, kata Penolong Timbalan Menteri Kesihatan Pencegahan, Abdullah Al-Assiri.

“Arab Saudi akan menjadi antara negara terawal menerima vaksin,” katanya dalam satu temu bual di Saudia TV, semalam.

Sementara itu, jumlah kes baharu coronavirus harian di Arab Saudi sekali lagi menurun di bawah angka 400, apabila merekodkan 394 kes.

Jumlah kes pulih juga terus meningkat dan daripada keseluruhan 351,849 kes direkodkan, 338,708 pulih.

Sebanyak 14 kematian baharu berkaitan COVID-19 direkodkan di Arab Saudi, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 5,590.

Riyadh merekodkan jumlah tertinggi kes baharu dengan 58 kes, disusuli Madinah (44) dan Makkah (29).

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sebanyak 7,557 kes aktif di negara itu, dengan 786 berada dalam keadaan kritikal. Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 62,922 ujian polymerase chain reaction (PCR) dijalankan.

Kementerian menggesa mana-mana individu bergejala segera melakukan ujian coronavirus di mana-mana 235 klinik Tetamman di negara itu, dengan temu janji untuk ujian berkenaan boleh dilakukan menerusi aplikasi Sehaty.

Namun, pesakit boleh ke klinik itu tanpa temu janji jika merasakan mereka dijangkiti dan bergejala seperti suhu badan tinggi, sukar bernafas, sakit dada, batuk, sakit tekak, cirit birit atau hilang deria bau dan rasa. – AGENSI

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -