COVID-19: ADUN PKR Kota Damansara, Isteri dan 2 anak positif

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor, isteri dan dua anaknya positif COVID-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Shatiri menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Dalam rakaman video itu, Shatiri berkata, beliau dan tujuh lagi individu dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Pada 30 September lalu, isteri saya menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dan disahkan positif COVID-19, sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Oleh kerana kami kontak rapat, kami dipanggil semula oleh PKD pada 2 Oktober lalu untuk menjalani semula ujian saringan dan hari ini, saya terima panggilan daripada PKD Petaling dan memaklumkan saya serta dua anak positif COVID-19,” katanya.

Shatiri berkata, beliau dan dua anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan, manakala tiga lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah sehingga 16 Oktober ini.

Katanya, biarpun beliau disahkan positif COVID-19, pusat khidmat DUN Kota Damansara beroperasi seperti biasa.

spot_img