Tuesday, April 13, 2021
Spread the love

#Coronavirus: WHO tersilap, risiko global virus China sebenarnya tahap tinggi

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menjelaskan risiko global terhadap virus dari China adalah tinggi sekali gus mengakui kesilapan laporan terdahulu yang menyatakannya sebagai sederhana.

Mengikut WHO, berdasarkan situasi yang dilaporkan setakat semalam, risiko adalah ‘sangat tinggi di China, tinggi di peringkat wilayah dan global’.

Dalam nota kaki, WHO berkata, terdapat kesalahan dalam laporan terdahulu yang diterbitkan Khamis, Jumaat dan semalam yang mana ‘secara salah’ menjelaskan risiko global adalah ‘sederhana’.

Ditanya perincian lanjut, jurucakap WHO, Fadela Chaib, berkata ia hanya ‘kesalahan dalam susunan kata’.

Khamis lalu, WHO tidak mengisytiharkan virus itu sebagai darurat kesihatan awam antarabangsa.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus yang melawat China minggu ini untuk membincangkan tindakan lanjut untuk membendung virus terbabit dilapor berkata: “Keadaan ini adalah darurat di China, tetapi bukan di peringkat global”.

Pendekatan berhati-hati WHO dapat dilihat menerusi konteks kritikan terdahulu susulan kelewatan atau terlalu gopoh dalam penggunaan istilah, ketika penularan virus pandemik H1N1.

Ketika penularan wabak itu, Agensi Kesihatan PBB dikritik kerana mencetuskan pembelian panik bagi vaksin susulan pengumuman penyebaran jangkitan itu menjangkau perkadaran pandemik, sekali gus mencetuskan kemarahan apabila virus itu dikenal pasti hampir tidak berbahaya. – AFP

Sumber lain:
|1] https://news.abs-cbn.com/overseas/01/28/20/…k-level-to-high
[2] https://theglobepost.com/2020/01/27/china-virus-risk/

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -