#Coronavirus: Penulis novel thriller telah meramalkan kejadian wabak virus Wuhan pada tahun 1981

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...
  • Virus yang dikenali sebagai Wuhan-400 menjadikan ramai yang sakit teruk … dalam Thriller Dean Koontz tahun 1981. Bagaimanakah beberapa buku menjadi sebagai ramalan peristiwa masa depan?
  • ‘The Eyes of Darkness’ mengisahkan makmal ketenteraan Cina di Wuhan mencipta virus sebagai senjata biologi (bioweapon); orang awam kemudiannya dijangkiti penyakit selepas secara tidak sengaja menghidapinya
  • Malah, satu makmal di China yang dapat mengendalikan virus yang paling dahsyat terletak di Wuhan dan sedang membantu menyekat novel coronavirus (Covid-19) yang sedang dihadapi oleh dunia sekarang ini.

‘The Eyes of Darkness’, thriller 1981 oleh penulis terkemuka Dean Koontz, menceritakan sebuah makmal tentera China yang mencipta virus sebagai sebahagian daripada program senjata biologinya. Makmal ini terletak di Wuhan, yang meminjamkan nama virusnya, Wuhan-400. Satu kebetulan sastera yang menyeramkan atau kes seorang penulis secara kebetulan menjadi peramal masa depan yang tidak disengajakan?

Dalam ‘The Eyes of Darkness’, seorang ibu yang dalam kesedihan, Christina Evans, cuba mendapatkan kepastian sama ada anaknya Danny meninggal dunia dalam perjalanan berkhemah atau tidak – kerana terdapat mesej mencurigakan mengatakan – dia masih hidup. Dia akhirnya menjejaki anaknya sehingga ke pengkalan ketenteran di mana anaknya ditahan selepas secara tidak sengaja dicemari oleh mikroorganisma buatan manusia yang dicipta di pusat penyelidikan di Wuhan.

Sekiranya ini menyebabkan bulu tengkuk tegak, bacalah petikan ini dari buku:
“It was around that time that a Chinese scientist named Li Chen moved to the United States while carrying a floppy disk of data from China’s most important and dangerous new biological weapon of the past decade. They call it Wuhan-400 because it was developed in their RDNA laboratory just outside the city of Wuhan.”

“Pada masa itu seorang ahli sains Cina bernama Li Chen berpindah ke Amerika Syarikat sambil membawa cakera liut data mengenai senjata berbahaya biologi baru yang paling penting dan berbahaya milik China dalam dekad yang lalu. Mereka memanggilnya Wuhan-400 kerana ia telah dibangunkan di makmal RDNA mereka di luar bandar Wuhan. ”

Di dalam satu lagi kebetulan yang aneh, Institut Virologi Wuhan, yang menempatkan makmal biosafety tahap empat China, klasifikasi makmal yang paling tinggi yang mengkaji virus paling dahsyat, hanya 32km dari pusat penularan wabak koronavirus sekarang ini. Pembukaan makmal keselamatan maksimum telah dibincangkan ditahun 2017 dalam jurnal Nature, yang memberi amaran tentang risiko keselamatan dalam budaya di mana hirarki menggabungkan budaya terbuka.

Teori konspirasi yang dipinggirkan bahawa coronavirus yang terlibat dalam wabak sekarang ini kelihatan seperti buatan manusia dan kemungkinan tersebar keluar dari makmal virologi Wuhan telah disebar secara meluas, tetapi andaian ini telah dibantah dengan kerasnya. Malah makmal itu adalah salah satu makmal yang pertama mengesan coronavirus.

Dalam ‘thriller’ tulisan Koontz, virus itu dianggap sebagai “senjata yang sempurna” kerana ia hanya memberi kesan kepada manusia dan, kerana ia tidak dapat bertahan di luar tubuh manusia selama lebih dari seminit, ia tidak memerlukan dekontaminasi yang mahal sekiranya penduduknya dihapuskan, yang membenarkan melancarkan serangan serta menawan wilayah tersebut.

It’s no exaggeration to call Koontz a prolifik. His first book, Star Quest, was published in 1968 and he has been churning out suspense fiction at a phenomenal rate since with more than 80 novels and 74 works of short fiction under his belt. The 74-year-old, a devout Catholic, lives in California with his wife. But what are the odds of him so closely predicting the future?

Tidak keterlaluan untuk menggelar Koontz sebagai penulis prolifik. Buku pertamanya, Star Quest, diterbitkan pada tahun 1968 dan dia telah membuat fiksyen ketegangan (suspense fiction) pada kadar yang luar biasa ketika itu dengan lebih daripada 80 novel dan 74 karya fiksyen pendek dibawah skop pengalamannya. Kini berusia 74 tahun, seorang yang taat pada agamanya, tinggal di California bersama isterinya. Tapi apakah kemungkinan untuk beliau boleh memprediksi masa depan yang hampir tepat?

Albert Wan, yang mengendalikan kedai Buku Bleak House di San Po Kong, mengatakan Wuhan secara sejarahnya menjadi tempat banyak kemudahan penyelidikan saintifik, termasuk yang berkaitan dengan mikrobiologi dan virologi. “Para penulis pintar, cerdas seperti Koontz pasti tahu semua ini dan menggunakan sedikit maklumat faktual untuk mengarang cerita yang kedua-duanya meyakinkan dan meresahkan. Termasuk juga, Wuhan-400,” kata Wan.

Penulis British, Paul French, yang mengkhusus dalam buku berkaitan China, mengatakan banyak elemen sekitar virus di China berkaitan dengan perang dunia kedua, yang mungkin menjadi faktor dalam pemikiran Koontz.

“Orang Jepun memang melakukan penyelidikan senjata kimia di China, yang mana kebanyakannya bergabung dengan Unit 731 di Harbin dan utara China. Tetapi mereka juga menyimpan senjata kimia di Wuhan – yang diakui oleh Jepun,” kata Paul French.

Penerbit Pete Spurrier, yang menjalankan syarikat penerbitan Hong Kong Blacksmith Books, mengatakan bahawa untuk seorang penulis fiksyen mengarang sebuah thriller mengenai set wabak virus di China, Wuhan adalah pilihan yang baik.

“It’s on the Yangtze River that goes east-west; it’s on the high-speed rail [line] that goes north-south; it’s right at the crossroads of transport networks in the centre of the country. Where better to start a fictional epidemic, or indeed a real one?” says Spurrier. (Spurrier works part-time as a subeditor for the Post.)

“Ia terletak di Sungai Yangtze yang menuju timur-barat; ia berada di jajaran keretapi berkelajuan tinggi yang bergerak ke arah utara-selatan; ia betul di persimpangan rangkaian pengangkutan di pusat negara. Di mana ianya sesuai untuk memulakan fiksyen mengenai wabak, atau sememangnya sesuatu yang sebenar? ” kata Spurrier. (Spurrier bekerja sambilan sebagai subeditor untuk Post.)

Pengarang mengenai jenayah Hong Kong, Chan Ho-kei percaya bahawa “ramalan fiksyen” seperti ini adalah luar biasa.

“Jika ianya kelihatan sangat susah, saya yakin anda dapat melihat ramalan hampir semua peristiwa. Ia membuatkan saya berfikir tentang ‘infinite monkey’ theorem,” katanya, merujuk kepada teori bahawa monyet yang menaip kekunci secara rawak pada papan kekunci mesin taip tanpa tempoh masa akan hampir pasti menaip apa jua teks yang diberikan.

“Kebarangkalian adalah rendah, tetapi tidak mustahil.”

Chan menunjuk pada novel 1898 bertajuk Futility, yang menceritakan kisah kapal laut yang besar yang tenggelam di Atlantik Utara selepas merempuh ketulan ais. Banyak kesamaan yang tidak diketahui telah diketahui di antara kapal fiksyen tersebut – yang dipanggil Titan – dan kapal penumpang sebenar RMS Titanic, yang tenggelam 14 tahun kemudian. Berikutan tenggelam Titanic, buku ini diterbitkan semula dengan beberapa perubahan, terutamanya dalam saiz kapal.

“Penulis fiksyen sentiasa cuba membayangkan apa realiti yang akan terjadi, jadi besar kemungkinan untuk menulis sesuatu yang dilihat seperti satu ramalan. “Sudah tentu, ia pelik kerana butiran bertaburan, tetapi saya fikir ia hanya soal matematik,” kata Chan.

Banyak buku Koontz telah di adaptasi untuk televisyen atau filem, tetapi ‘The Eyes of Darkness’ tidak pernah mencapai kejayaan sedemikian. Kebetulan yang aneh ini akan mempopularkan dan mungkin meningkatkan semula jualan thriller yang telah dilupakan.

Syarikat jualan buku atas talian, Amazon kini menawarkannya di e-bacaan (e-reader) Kindle untuk hanya AS$1. Mungkin seperti juga novel Futility ianya juga akan diterbitkan semula dengan beberapa kemas kini untuk menjadikannya benar-benar senada dengan wabak semasa. -SCMP

spot_img