#Coronavirus: Satu ditahan sebar berita palsu? – MCMC

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama polis menahan seorang suspek yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, suspek berumur 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bangi, Selangor pada 4 petang semalam bagi membantu siasatan terhadap satu kandungan yang dimuat naik di Facebook pada 26 Jan lalu.

“Kandungan mengenai koronavirus itu didapati palsu. Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik berita palsu tersebut di Facebook.

“MCMC dan polis mengambil serius perbuatan ini dan sedang giat mengesan 3 lagi suspek untuk membantu siasatan. Ini menunjukkan ketegasan kedua-dua pihak dalam memastikan tindakan sewajarnya dikenakan kepada mereka yang memulakan, berkongsi dan menyebarkan berita palsu melalui media sosial.”

Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

“Tindakan tegas ini adalah salah satu usaha MCMC dan polis mengawal penyebaran berita tidak sahih mengenai koronavirus oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga mampu mengganggu gugat kestabilan negara dan ketenteraman awam.”

Isnin lalu, MCMC dan polis memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin atau berita tidak sahih mengenai penularan koronavirus di Malaysia.

Katanya, penyebar khabar angin atau berita dengan niat hendak menimbulkan ketakutan awam boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

spot_img