Wednesday, January 20, 2021
Spread the love

#Coronavirus: Kanak-Kanak disyaki dijangkiti dimasukkan ke HSNZ Kuala Terengganu

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman berkaitan isu seorang kanak-kanak yang disyaki Coronavirus dikatakan lari daripada Hospital Kemaman.

Ibubapa kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ini merupakan warganegara China dan bekerja di ECRL Kemaman. Mula datang ke sini semenjak awal bulan yang lalu.

Minggu lalu, (21 Januari) anaknya mula demam dan menunjukkan seperti ada simptom atau disyaki Coronavirus. Apabila dihantar ke Hospital Kemaman, doktor telah memaklumkan berkaitan perkara ini kepada ibu bapanya. Namun, ibubapa ini tidak faham apa yang dimaklumkan oleh doktor (masalah komunikasi bahasa) lalu membawa pulang semula anaknya ke ECRL, bukan melarikan diri.

Lalu pihak Hospital meminta bantuan Polis untuk mengesan kanak-kanak ini. Polis serta-merta mengambil tindakan bertemu dengan ibubapa kanak-kanak ini di ECRL dan kemudiannya membawa kanak-kanak ini menaiki ambulans dan terus dibawa ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini masih belum disahkan positif Coronavirus. Sebarang maklumat selanjutnya akan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Hospital Terengganu dalam masa terdekat.

Saya menasihatkan seluruh warga Kemaman khususnya agar tidak panik. Jangan cepat mempercayai khabar angin yang tidak sahih.

Jika anak-anak demam, selesema, batuk dan sebagainya, sila bawa ke Hospital Besar Kemaman dengan segera untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah.

YB Haji Hanafiah Mat
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional
ADUN Cukai

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -