Sunday, October 25, 2020

Bung Moktar nafi kata Musa tiada dalam senarai calon UMNO

Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa bekas Ketua Menteri Musa Aman tiada dalam senarai calon UMNO bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan.

Mengakui ada memberi kenyataan kepada portal berita berkenaan, Bung Moktar berkata beliau langsung tidak menyentuh mengenai senarai calon atau Musa.

“Itu berita palsu. Kenyataan itu bukan daripada saya, saya tidak pernah membuat kenyataan yang tidak berhala tuju. Itu kenyataan palsu yang sengaja dicipta untuk melaga-lagakan saya dengan Tan Sri Musa dan merosakkan UMNO.

“(Ini) Perbuatan musuh-musuh UMNO yang tidak bertanggungjawab yang ingin melemahkan UMNO daripada pelbagai cara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Antara lain, laporan portal berita itu menyebut Bung Moktar sebagai berkata: “Satu-satunya jalan penyelesaian kemelut politik dalam UMNO adalah menyingkirkan Musa Aman daripada senarai calon UMNO pada PRN Sabah.”

Laporan portal berita itu turut menyebut UMNO tidak mempunyai kaitan dengan kemelut politik Sabah kerana Musa bertindak atas kehendaknya sendiri untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Bung Moktar juga menafikan kenyataan yang memetiknya sebagai berkata kerajaan persekutuan boleh merancang pembangunan di Sabah dan tugas tersebut akan dilakukan oleh agensi persekutuan di Sabah sekiranya UMNO berjaya menawan kembali negeri itu.

“Itu berita palsu, saya tidak pernah cakap. Apa yang saya perjelaskan ialah antara tawaran baharu kami (UMNO Sabah) ialah projek pembangunan di Sabah akan dilaksanakan oleh negeri Sabah. (Kenyataan) diputar belit,” katanya.

Sabah bakal menghadapi PRN selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa dibubarkan.

Pembubaran DUN itu diumumkan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lalu, beberapa jam selepas Musa mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Musa merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibunga, satu-satunya kerusi DUN Sabah yang disandang UMNO.

Berita berkaitan

UMNO, PPBM, PAS sudah berunding

Pemimpin UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS sudah memulakan rundingan mencari penyelesaian, berhubung kerjasama tiga parti itu. Setiausaha...

Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya

Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, ramai ingin...

Adun PAN positif Covid-19

Adun Maharani dari PAN Nor Hayati Bachok disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang menerima rawatan. Menurut pusat khidmat wakil...

COVID-19: ADUN PKR Kota Damansara, Isteri dan 2 anak positif

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor, isteri dan dua anaknya positif COVID-19. Perkara itu dinyatakan oleh Shatiri...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...