Wednesday, January 20, 2021
Spread the love

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman bank, pada tahun ini, demikian menurut AmBank Research.

Ketua Ahli Ekonominya, Dr Anthony Dass, berkata susulan daripada pemotongan 25 mata asas (bps) pada Julai lalu kepada 1.75 peratus, BNM mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) September lalu.

Katanya, keputusan itu sebahagiannya adalah disebabkan oleh pemulihan berterusan daripada aktiviti ekonomi selepas terjejas pada April lalu, disokong oleh pakej fiskal, monetari dan langkah kewangan.

“Persoalannya kini ialah sama ada BNM akan mengekalkan atau mengurangkan OPR pada November ini. Kami mempunyai dua senario.

“Dalam senario pertama, OPR kekal pada 1.75 peratus disokong oleh sekumpulan data ekonomi baru-baru ini yang menunjukkan pemulihan ekonomi pada suku ketiga 2020 dan ia seharusnya mampu bertahan dengan baik pada suku keempat 2020 walaupun jumlah kes COVID-19 meningkat pada bulan Oktober.

“Ini kerana, langkah yang diambil untuk mencegah penyebaran virus tidak akan mempengaruhi ekonomi dengan teruk berbanding tempoh sebelumnya kerana perniagaan dibenarkan untuk terus beroperasi,” katanya.

Menerusi senario kedua, beliau berkata OPR dikurangkan sebanyak 25 bps kepada 1.50 peratus disebabkan risiko penurunan ekonomi.

Katanya, COVID-19 akan memberikan impak memandangkan langkah pembendungan akan menjejaskan negeri-negeri yang menyumbang hampir 50 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara dan sekitar 47 peratus PKS di negara ini.

“Walaupun terdapat beberapa tanda awal penstabilan dalam sektor pembuatan, langkah pencegahan penyebaran virus ini akan memberi kesan kepada perkhidmatan.

“Terdapat juga masalah serius dalam bidang seperti pasaran pekerjaan, pengurangan pendapatan, kesan pasca moratorium, kebankrapan, pinjaman tidak berbayar, ketidaktentuan luaran dan bukan ekonomi domestik.

“Johor, yang mewakili 9.4 peratus daripada KDNK nasional dan 10.8 peratus kehadiran PKS di negara ini, masih terjejas teruk akibat penutupan sempadan Singapura,” katanya.

Anthony berkata, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini memainkan peranan penting.

Katanya, memandangkan pemulihan yang tidak sekata merentasi pelbagai sektor, belanjawan itu dijangka berskala besar.

“Defisit pula kemungkinan sekitar 5.5 peratus hingga 6.0 peratus daripada KDNK. Ia menyasarkan untuk terus menyokong pemulihan ekonomi dari kesan buruk virus pandemik.

“Oleh itu, dasar kewangan juga perlu memainkan peranan penting. Potongan 25 bps semasa mesyuarat MPC pada 3 November ini akan membantu pemulihan ekonomi,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -