Monday, January 25, 2021
Spread the love

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Berita yang di petik dari ‘sumber’ kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat jahat untuk memecahbelahkan pengikut UMNO dan sebagai mengalih pandangan (diversion) kepada cadangan YB Nazri Tan Sri Aziz di Dewan Rakyat yang mahu Peguam Negara melakukan sisatan semula video semburit yang di percayai melibatkan Azmin Ali dan Haziq.

BACA SINI: [Video] Nazri Aziz desak siasatan kes video semburit [https://malaysiannow.com/video-nazri-aziz-desak-siasatan-kes-video-semburit]

Setakat ini yang pernah bekerjasama erat dengan PKR dan DAP adalah parti PAS dan PPBM.

===========================
Berita yang disiarkan di portal MalaysiaNow dipercayai milik Azmin Ali [https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10157482544760952]

Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP

Umno bertindak melakukan satu soal selidik dalaman melibatkan petugas komunikasi parti itu bagi mengukur sama ada ahlinya terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Beberapa bulan lalu, parti Melayu itu membuat kesimpulan mereka tidak akan menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan kedua-dua parti ini yang dianggap sebagai musuh ketat.

Namun, sekarang keadaan itu mungkin berubah selepas pendedahan mengenai bekas presiden Umno yang masih mempunyai pengaruh dalam parti itu, dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, memberi sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional bulan lepas.

Beberapa sumber Umno memberitahu MalaysiaNow, soal selidik dalaman itu merupakan satu “tinjauan pendapat” membabitkan kakitangan komunikasi parti tersebut di seluruh negara, akan mengukur sentimen berhubung kerjasamanya bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN), satu piagam bersejarah yang ditandatangani oleh dua parti terbesar Melayu ketika mereka merupakan pembangkang tiga tahun lalu.

“Menariknya, salah satu soalan yang diajukan dalam tinjuan itu, wajarkah Umno menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP?” kata sumber yang mengetahui tentang soal selidik tersebut kepada MalaysiaNow.

Ia menambah wujud keperluan yang kritikal untuk mengetahui hala tuju politik Umno, dan apakah kerjasama dengan PAS sudah memadai sebagai parti tunjang dalam Muafakat Nasional (MN) atau lebih kukuh dengan penyertaaan Bersatu, sebuah parti Melayu pecahan Umno yang ditubuhkan ketika kemuncak isu 1MDB semasa pentadbiran Najib.

Bulan lalu MalaysiaNow mendedahkan, Najib dan Zahid yang didakwa dengan jumlah keseluruhan 79 pertuduhan rasuah, menulis surat secara bersama kepada Yang di Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Surat itu diutus ke istana dua hari sebelum Anwar mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di mana beliau gagal mengemukakan butiran membuktikan dakwaan mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Sehingga hari ini, Najib dan Zahid masih belum pernah menafikan berhubung surat yang dihantar ke Istana Negara itu.

Soal selidik ini dilakukan, beberapa hari selepas kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terselamat kerana undi belanjawan diluluskan yang sebelum ini dikatakan pembangkang merancang menggunakan medan itu bagi melakukan undi tidak percaya.

Hubungan Najib, Anwar, yang pernah bersama-sama semasa dalam Umno pada tahun 1990-an seolah-olah kembali bertaut ketika perbahasan belanjawan baru-baru ini apabila kedua-dua pemimpin senada dalam tuntutan mereka.

Kedua-dua mereka senada dalam menyatakan sokongan bersyarat terhadap belanjawan, dan timbul spekulasi mengenai mereka bekerjasama untuk mengganggu belanjawan.

Tetapi rancangan menolak undi belanjawan yang banyak diperkatakan itu tidak berlaku pada 26 November lalu.

Sebaliknya, MalaysiaNow melaporkan keengganan Najib meneruskan rancangan itu memaksa Anwar mengarahkan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak bangun menuntut undi belah bahagi menyebabkan belanjawan diluluskan secara sebulat suara.

Soal selidik dalaman ini dilakukan untuk menentukan hala tuju Umno dalam waktu terdekat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang tidak dapat dielakkan dan perlu diadakan demi keabsahan kerajaan Muhyiddin, yang dibentuk selepas kejatuhan PH pada Februari lalu.

“Salah satu jawapan yang diharapkan dalam soal selidik itu bagi mengetahui sekiranya Umno hanya bekerjasama dengan PAS dalam MN, apakah mereka akan mendapat sokongan besar orang Melayu dan masyarakat berbilang kaum di negara ini pada PRU15?” kata sumber kepada MalaysiaNow.

Sementara itu, penganalisis politik Shamsul Amri Baharuddin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan soal selidik dilakukan Umno ini bersifat “serampang dua mata”.

“Pertama Umno mahu menilai pengaruhnya terhadap ahli dan bukan ahli,” kata Shamsul.

Tambahnya Umno juga mahu melihat sama ada PAS masih mempunyai komitmen terhadap MN atau sudah berubah selepas memainkan peranan “king-maker” dalam kerajaan PN apabila kembali dalam kerajaan persekutuan kali pertama dalam tempoh empat dekad.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -