Sunday, January 24, 2021
Spread the love

Bagaimana Guan Eng lebih tahu kos Lebuhraya Pan Borneo berbanding Baru Bian, soal Najib

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal mengapa Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengetahui kos keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) sedangkan menteri yang bertanggungjawab berkata masih terdapat beberapa perkara yang belum diperincikan lagi.

Najib berkata lebih mengelirukan apabila Menteri Kerja Raya Baru Bian akan mengumumkan kos sebenar projek tersebut hanya pada 20 Feb nanti.

“Sekarang kita konfius. Bagaimana pula menteri kewayangan begitu power sehingga tahu kos sebenar projek sedangkan menteri kerja raya kata dia belum tahu kos sebenar kerana banyak perkara belum diperincikan lagi?

“Saya rasa Baru Bian ini perlu dipecat serta-merta kerana dia kalah dengan akauntan gagal dalam pengiraan kos projek lebuhraya,” katanya menerusi Facebook.

Dalam penjelasan berhubung keraguan pembangkang mengenai kos projek tersebut, Lim berkata di bawah kerajaan persekutuan sekarang, kos keseluruhan projek LPBS dikurangkan sebanyak RM3.1 bilion daripada kos asal.

Beliau berkata dengan kaedah PDP sebanyak RM21.9 bilion yang merangkumi kos pembinaan RM16.5 bilion kepada kaedah konvensional sebanyak RM18.8 bilion merangkumi kos pembinaan RM16.1 bilion.

Najib turut membidas tindakan Lim dan kerajaan Pulau Pinang yang menganugerahkan Projek Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion yang menurutnya bernilai 3 kali ganda lebih besar dengan kos asal Lebuhraya Pan Borneo dengan menggunakan kaedah PDP.

“Guan Eng bukan kata kaedah PDP itu banyak kos tersembunyi dan adalah lebih baik untuk menggunakan kaedah konvensional?

“Projek PTMP ini juga banyak kos tersembunyi dan banyak offset-offset ke?”

Pada 7 Feb lalu, bekas menteri kerja raya Fadillah Yusof membidas Lim kerana mendakwa Putrajaya akan jimat RM3.1 bilion dengan membatalkan perjanjian dengan PDP Lebuh Raya Pan Borneo.

Fadillah menggambarkan kenyataan Lim bahawa kos projek boleh turun kepada RM18.8 bilion daripada RM21.8 bilion jika dilaksanakan kerajaan secara konvensional, adalah “mengelirukan dan bertujuan untuk menipu”.

- Advertisement -

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -