Monday, January 18, 2021
Spread the love

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular di daerah Besut selepas kejayaannya menemukan mangsa lemas di dasar sungai berhampiran jeti kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut, di sini, pada 9 Okt lepas.

Sikap berani dan keprihatinan lelaki kurang upaya (OKU) yang dikenali dengan panggilan Awie, 31, kini mendapat perhatian ramai dan namanya menjadi sebutan netizen selepas berjaya mengesan mayat, Azman Che Mat, 45, kira-kira 10 minit selepas beliau menyelam, walaupun keadaan arus sungai laju dan air keruh ketika itu.

“Setakat ini sudah dua mayat mangsa lemas telah saya temukan termasuk kejadian Jumaat lepas manakala kali pertama kira-kira dua tahun lalu membabitkan mayat seorang kanak-kanak,” katanya yang bekerja mengambil upah mengangkat barang kepada Bernama di sini.

Atas usaha dan keberaniannya itu, Ketua Balai Polis Daerah Besut telah memberi surat penghargaan dan sumbangan kepada wira penduduk pekan nelayan itu pada 11 Oktober selain turut menerima lesen motosikal percuma yang dihadiahkan oleh pengusaha sekolah memandu daerah Besut.

Sememangnya anak jati Kampung Timor, Kuala Besut itu telah lama dikenali penduduk setempat kerana memiliki kebolehan luar biasa menyelam dalam tempoh beberapa minit tanpa memakai alat bantuan pernafasan atau kaca mata selam.

Mohamad Najmi yang mengalami kecacatan di mata sebelah kanan sejak lahir berkata orang ramai termasuk pelancong sering meminta bantuannya mencari barangan berharga mereka yang tenggelam di dasar sungai sedalam kira-kira tiga meter berhampiran terminal pelancong ke Pulau Perhentian.

“Antara barang berharga yang sering terjatuh seperti barang kemas, telefon bimbit, spanar dan kunci kereta serta batu permata,” katanya kepada Bernama ketika ditemui, di sini.

Mohamad Najmi yang masih bujang itu berkata antara cabaran yang terpaksa dihadapinya ketika menyelam seperti keadaan air sungai keruh, lambakan sampah di dasar sungai, arus sungai laju dan risiko disengat spesies air berbisa.

Rakan Mohamad Najmi, Mohd Zulhibri Ibrahim, 37, berkata penduduk menggelar Mohamad Najmi sebagai ‘budak ajaib’ kerana kemampuannya mengesan barang di dasar sungai meskipun sebelum itu telah dicari oleh ramai penyelam lain.

“Dia seperti ada kelebihan luar biasa kerana benda sekecil kacang pun dia mampu menemuinya walaupun berada di celah-celah sisa kayu-kayan yang berada di dalam sungai,” katanya.

SourceBernama
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -