Australia diserang ‘nyamuk gajah’ sebesar 20 sen, potensi wabak baru

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...
  • Nyamuk gajah sama saiz dengan syiling 20 sen dikesan.
  • Tahun 2020 menyaksikan banyak bencana yang berlaku di seluruh dunia.

Paling teruk bencana yang menimpa di Australia pada hujung tahun lepas dan awal bulan Januari ini.

Dan kini muncul pula kebimbangan baru buat rakyat di negara itu apabila pakar menemui spesis nyamuk sebesar duit syiling 20 sen yang juga dikenali sebagai Toxorhychites iaitu “nyamuk gajah”.

Nyamuk itu dikatakan menyerang kawasan Gold Coast di Queensland dekat Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters, lapor Daily Mail.

Nyamuk gajah dilaporkan serang kawasan Gold Coast di Queensland.
Peningkatan penemuan serangga ini sekitar kawasan Queensland memberi petanda akan wujudnya wabak penyakit menerusi virus Ross River yang tiada penawarnya.

Lebih mengerikan, nyamuk gajah ini dilihat 5 kali lebih besar daripada nyamuk biasa tetapi mereka ni katanya lebih gemar makan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

Kerajaan Australia melakukan semburan untuk menghapuskan nyamuk gajah.

Demi mengelakkan pertambahan populasi nyamuk tersebut, pihak berkuasa Gold Coast telah membuat semburan pencegahan di kawasan-kawasan tumpuan.

Perubahan cuaca dan banjir yang berlaku baru-baru ini kemungkinan menjadi punca yang mendorong virus Ross River ini tersebar.

Untuk rekod, kali terakhir wabak yang melibatkan serangga ini berlaku ialah pada tahun 2015, iaitu apabila hampir 700 jangkitan yang berlaku dan tidak dapat disembuhkan

spot_img