BERITANASIONAL

Apandi heret Dr M, kerajaan ke mahkamah

Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan berhubung dakwaan menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara (AG) secara salah.

Plaintif, melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners, memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 2.31 petang tadi.

Pada 1 Oktober lalu, Apandi dilapor mengeluarkan surat tuntutan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung dakwaan ditamatkan perkhidmatan sebagai peguam negara oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018.

Apandi melalui surat itu mendakwa penamatannya diatur oleh bekas perdana menteri itu.

Melalui surat itu, dia dilaporkan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Jabatan Peguam Negara untuk menjawab tuntutannya – jika tidak, dia akan memulakan proses undang-undang.

Menurut salinan writ saman berkenaan, Apandi meminta pengisytiharan bahawa Mahathir selaku defendan pertama telah melakukan kesalahan atau salah laku di pejabat awam.

Apandi meminta pengisytiharan bahawa defendan pertama telah menyebabkan dan / atau menyebabkan pelanggaran kontrak antara paintif dan defendan kedua, iaitu kerajaan.

Dia meminta pengisytiharan bahawa pemecatannya sebagai peguam negara tidak selaras dengan undang-undang.

Plaintif menuntut perisytiharan bahawa pemecatannya sebagai peguam negara, antara lain merupakan kegagalan mematuhi Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, berhubung prosedur pelantikan peguam negara.

Perkara 145 (1) menyatakan bahawa”Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seseorang yang layak bagi menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara untuk Persekutuan”

Apandi juga menuntut ganti rugi khas sebanyak RM2,233,599.36; ganti rugi am, ganti rugi teladan/ punitif, kos; dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berkaitan:
Tidak benar Apandi Ali letak jawatan, kata Annuar Musa

Tidak benar Apandi Ali letak jawatan, kata Annuar Musa

Apandi Ali saman penasihat DAP RM10 juta terbit artikel kaitkannya dengan skandal 1MDB

Apandi Ali saman penasihat DAP RM10 juta terbit artikel kaitkannya dengan skandal 1MDB

APANDI TUNTUT SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH

APANDI TUNTUT SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH

Related Articles

Back to top button