Anwar dicabar bawa usul sokong Dr. Mahathir

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Tidak sampai 24 jam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata  Pas akan gagal jika parti itu membawa usul undi percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa mencabar Presiden PKR itu membawa usul tersebut.

Setiausaha Agung UMNO itu mencadangkan agar Ahli Parlimen Port Dickson itu melakukannya dengan segera.

“Ada sedikit kebenaran kalau DSAI berkata janggal usul sokong PM datang dari pembangkang,” katanya dalam akaun Twitter.

Berikutan itu, tambah Annuar, bagi mengelak kejanggalan itu, beliau mencadangkan Anwar membawa usul percaya terhadap Dr. Mahathir untuk meneruskan mandat memimpin negara pada saat mencabar ini.

Semalam Anwar berkata, usul sokongan Dr. Mahathir merupakan usaha untuk memecahkan Pakatan Harapan (PH) dan sekiranya Pas membawa usul itu ke Parlimen ia akan menemui kegagalan.

Pada Sabtu lalu, Pas menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu dalam menangani kemelut peralihan kuasa membabitkan Dr. Mahathir, yang dikatakan akan ‘mengganggu kestabilan politik dan ekonomi’

Kata Annuar, tindakan membawa usul tersebut ke Parlimen akan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi PH.

spot_img