Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan, kata Anwar Ibrahim.
Presiden PKR itu juga berkata usul itu akan gagal dan ia bukanlah perkara serius untuk dibincangkan termasuk dalam mesyuarat PH.
“PAS biasalah. Itu usul PAS, kita tidak anggap itu perkara yang serius. Itu hanya usaha untuk pecah belahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia, kita tidak akan tertipu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Alumni Yayasan Anda Akademik.
Anwar menambah, cadangan PAS itu tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana pembangkang membawa usul menyokong kepimpinan perdana menteri.
“Dia boleh hamun cerca orang maksima (Mahathir), sekarang dia beri sokongan maksima (Mahathir). Bukan canggung sikit tetapi tidak pernah berlaku dalam sistem demokrasi,” katanya.
Sabtu lalu, PAS mengumumkan ahli Parlimennya akan membawa usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, ekoran “kemelut tak sudah-sudah” yang “mengganggu kestabilan politik dan ekonomi”.
Usul itu akan dibawa pada persidangan 9 Mac hingga 16 Apr depan.
“Kita melihat ada keperluan pada masa ini untuk perdana menteri meneruskan kepimpinannya sehingga tamat penggal”, kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat bulanan parti Islam itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat parti itu.
Beberapa bulan mutakhir ini, beberapa pihak mendesak peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Beberapa ahli Parlimen daripada DAP dan PKR juga mengkritik Mahathir secara terbuka.
Pecahbelah apanya… Sokong je la.. Ko ada yg x sokong atok dlm PH? Yg cuba disembunyikan ahli dewan PH…
Memang nak pecah pun bukan sahaja dlm PH malah PKR sendiri.
Xlah abe nuar.. Kita nak bela dia agar cpat jd pm.. Dia brangapan lain plak.. Kikiki
Sabo bg non sabo,lama tk servis ke.
Apasal pulak yg hang risau abang nuai hooii
Moga2 cepat terlungkuplah PKR & PH
Klu sokongan ada
Takut apa dato
Sek Kito Jange Pecoh, Jange Baloh.
#BiaDemoJahPecah
Dah kantol ph nk ikut pintu belakang dgn lokman adam…puihhh
TAHU TAK PE
DAP KASI NON HANGAT BUNTUT LAGI. DAH TERDESAK DAN TERSEPIT NI.
GIGIHKAN USAHA BLOK PEMBANGKANG DAN BLOK2 ATOK – DEMI MASA SELAMATKAN NEGARA DARI TERUS DIJAHANAMKAN
Ado takut ke ha ha ha ha