Anak Mat Sabu diarah bela diri kes dadah

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat memerintahkan anak lelaki Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad untuk membela diri berhubung pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Keputusan dibuat Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim terhadap Ahmad Saiful Islam selepas pihaknya meneliti hujah, keterangan dan rangkaian keterangan oleh enam saksi.

“Daripada keterangan, mahkamah mendapati rantaian kes pendakwaan tidak pernah terputus dan kes siasatan berjalan dengan teratur.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keterangan dan hujah, mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dan tertuduh diperintah membela diri,” kata Mohamad Aizat.

Ahmad Saiful Islam, yang diwakili peguam bela Nazar Khan, diperintah untuk hadir membela diri pada 13 Februari depan pada jam 10.30 pagi.

Terdahulu, Ahmad Saiful Islam hadir ke mahkamah pada jam 9.09 pagi berpakaian kemeja-T berwarna merah putih dan seluar hitam.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 13 Jun 2019 atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Januari tahun lalu.

Dia ditahan dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam.

Jika sabit kesalahan, Ahmad Saiful Islam boleh dipenjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

spot_img