Ahmad Zahid: Umno diserang pelbagai arah, pemimpin ‘kluster mahkamah’ juga kekal setia

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Usaha untuk memulihkan semula Umno selepas parti itu mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas bukan satu tugas yang mudah, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi catatan di Facebooknya pada Ahad, Ahmad Zahid mengakui parti yang diterajuinya sejak 2018 itu diserang musuh yang nyata dan tidak nyata dari semua arah.

Bagaimanapun, usaha musuh untuk menjatuhkan Umno yang disifatkannya secara ’once and for all’ sejak dua tahun lepas itu tidak pernah berjaya.

“Usaha itu (menjatuhkan Umno) tidak pernah berjaya kerana ’kedegilan’ pemimpin (Umno) dan ahlinya. Untuk itu Umno mahu dalam kawalan mereka (musuh) pula selepas riwayatnya (parti) tidak mampu ditamatkan.

“Menggunakan broker bertaraf jurucakap dan ‘claim’ merekalah penyatuan ummah. Ironinya dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan.

“Bukan untuk menguasai supaya terus berkuasa. Bukan juga untuk kepentingan si polan dan si polan. Andai berjaya, jenama Umno boleh dipergunakan,” katanya.

Tegas Ahmad Zahid, tanpa cabaran pemimpin dan ahli Umno, kedudukan dan kekuasaan musuh lebih selesa dan terjamin.

“Adakah harus kita menyerah? Adakah perlu pasrah dan relakan sahaja cubaan ‘acquisition’ ini?. Kerana enggan menggadaikan Umno, pemimpinnya dipropagandakan mahu menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

“Sedangkan pemimpin Umno ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan Umno walau apa menimpa mereka,” katanya. — Bernama

spot_img