Tuesday, January 19, 2021
Spread the love

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan tidak stabil menolak dakwaan Seri Paduka memiliki peranan terhad dalam pentadbiran negara.

Oleh disebabkan itu, sejarah ini sewajarnya dirakam untuk dijadikan tauladan kepada generasi akan datang.

Pengasas Gabungan Peguam Malaysia (MLC), Lukman Sheriff Alias menegaskan, Seri Paduka telah menggunakan pengaruhnya atau ‘soft power’ dengan penuh bijaksana bagi menyelamatkan negara.

“Kita boleh lihat sendiri peranan Agong ketika kerajaan tidak stabil dan negara berada dalam keadaan genting. Beliau mengemudi negara.

“Dengan ini, YDPA telah…menyelamatkan negara tatkala politician ‘have failed the nation’ dengan mementingkan diri sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Lukman Sheriff berkata, Belanjawan 2021 perlu diluluskan bagi memerangi COVID-19 selain memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, perbelanjaan kerajaan dan ekonomi negara akan menerima implikasi besar sekiranya belanjawan itu tidak diluluskan.

“Siapa kata peranan Agong patut terhad kepada ceremonial purposes sahaja? Daulat Tuanku. Terima kasih dari rakyat biasa,” katanya.

Semalam, Al-Sultan Abdullah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.

Seri Paduka bertitah, ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah menegaskan Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak COVID-19.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru supaya ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka menghentikan segera perbalahan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

“Seri Paduka Baginda mengingatkan ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini,” katanya.

SourceSuara TV
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -