ADUN Dengkil positif COVID-19

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

DENGKIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau menjelaskan pada asalnya membawa pemandu peribadinya yang demam sejak dua hari lalu ke klinik semalam yang mana ujian COVID-19 menunjukkan keputusannya positif hari ini.

Katanya, beliau turut menjalani pemeriksaan pada hari sama dan didapati positif walaupun tiada sebarang simptom demam dan batuk.

“Saya juga sudah mengarahkan kakitangan pejabat menjalankan pemeriksaan di klinik dan menjalani kuarantin diri,” katanya.

Merujuk hantaran Facebooknya, Adhif Syan terbabit beberapa program pada Khamis bersama penduduk di Desa Air Hitam dan Putra Perdana di Puchong.

Semalam, beliau turut hadir bersama penduduk dalam Program Ziarah Prihatin di Kampung Olak Lempit dan Taman Bukit Changgang Jaya di Bukit Changgang, Dengkil.

Adhif berkata, ketika ini beliau masih dalam keadaan stabil dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membawanya ke hospital esok bagi menjalani rawatan dan kuarantin.

Katanya, KKM serta pihak berkuasa lain sudah pun dimaklumkan dan semua kontak rapat sudah dikesan dan akan disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan beliau dinasihatkan memberi kerjasama sekiranya diarahkan pihak berkuasa.”

“Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Dengkil juga akan ditutup 14 hari untuk operasi sanitasi dan saya memohon maaf sekiranya perkara ini mendatangkan kesulitan dan masalah kepada penduduk,” katanya.

spot_img