Kes SRC: Pasukan pendakwa tarik balik permohonan menuntut Najib memohon maaf

Pasukan pendakwa raya perbicaraan SRC International Sdn, Bhd, yang sebelum ini membuat permohonan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf terhadap posting ‘Facebook’ akan menarik permohonan tersebut.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, pihaknya telah dinasihati supaya menarik balik permohonan bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu meminta maaf atas hantaran di Facebook berkaitan perbicaraan yang sedang berlangsung.

Dua hantaran itu dianggap ‘subjudis’ walaupun pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah beberapa kali mengatakan dakwaan itu tidak benar.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menasihatkan Najib supaya tidak lagi memuat naik apa-apa posting selagi tidak mendapat pandangan perundangan terlebih dahulu selepas ini.

“Apa-apa posting atau pandangan berhubung keterangan yang dikemukakan di mahkamah terutama oleh tertuduh sebenarnya sesuatu yang bersempadan dengan penghinaan mahkamah pada pandangan saya.

“Saya berharap pada masa-masa akan datang, mana-mana pihak yang mahu membuat sebarang hantaran seperti itu perlu mendapatkan nasihat undang-undang sebelum apa-apa tindakan.

“Perlu faham, ada perkara-perkara yang boleh dianggap melanggar undang-undang,” kata Mohd Nazlan sambil memandang Najib yang duduk di kandang tertuduh.

Najib dilihat menganggukan kepalanya tanda faham.

Shafee yang melahirkan rasa gembira dengan tindakan pasukan pendakwa juga menyatakan pihaknya akan menarik balik permohon yang dibuat Isnin lepas untuk menyingkirkan permohonan tuntutan Najib meminta maaf berhubung posting Facebook tersebut.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan perbicaraan bersambung pada Selasa hadapan jam 10 pagi.

Pada 18 Julai lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas, meminta Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah supaya Najib memohon maaf kepada mahkamah.

Bagaimanapun pada 23 Julai lalu Mohd Nazlan memutuskan bahawa ia lebih baik difailkan melalui permohonan rasmi.

Pendakwa Raya memohon mahkamah tinggi mendengar secepat mungkin usul pihaknya supaya Najib memohon maaf terhadap penerbitan subjudis dalam Facebook miliknya pada jam 9.30 malam, 15 Julai lalu dan 11.23 pagi 17 Julai lalu.

Pendakwa Raya juga memohon perintah supaya Najib dihalang daripada menerbitkan atau menyebabkan pernyataan itu diterbitkan membabitkan keterangan dikemukakan saksi dalam kes perbicaraan SRC International yang dihadapinya.

Ia juga memohon perintah, bahawa Najib yang menyebabkan penerbitan yang dipersoalkan itu dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam prosiding sebelum ini, Tommy berkata, Najib memuat naik paparan yang menjelaskan keterangan saksi ke-47, iaitu Naib Presiden Kanan Kumpulan Ambank, Yeoh Eng Leong tentang penggunaan kad kredit miliknya.

Najib berkata, ia digunakan bagi membeli hadiah untuk kerabat raja luar negara.

#Kesipuan

*Nota tapak kaki: Masa pasukan peguambela Najib mohon ‘Gag Order’ Tommy Thomas kata siapa sahaja bebas bercakap mengenai kes yang sedang berjalan.

LIHAT video
https://youtu.be/K_zuEMqPqyw

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN