Rejim PH gagal fahami polisi e-hailing

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook disifatkan gagal memahami masalah polisi operasi polisi perkhidmatan e-hailing dengan memberi masa tambahan selama tiga bulan.

Anthony hanya memberi amaran menerusi tindakan penguatkuasaan tetap dilaksanakan dan mana-mana pemandu e-hailing yang ditahan tidak mempunyai lesen PSV akan diberi amaran akhir.

Selepas itu tindakan penguatkuasaan diambil termasuk melucutkan hak milik kenderaan pemandu tersebut.

Menurut bekas Ketua Bahagian Perancangan dan Polisi bagi Kumpulan Operasi SPAD, Wan Agyl Wan Hassan, Anthony tidak banyak mengetahui isu-isu operasi berkaitan perkhidmatan e-hailing yang sudah dimulakan seawal 2016 sebelum beberapa penambahan baru-baru ini.

“Namun yang demikian, polisi yang dipersetujui pada peringkat awal melalui SPAD yang kini telah dibubarkan dan diganti dengan APAD selepas Anthony menerajui Kementerian Pengangkutan ini.

“Polisi telah ditukar dengan beberapa penambahan yang dilihat tidak bersesuaian dengan sifat dinamik perkhidmatan e-hailing. Banyak yang perlu diketahui oleh umum sebenarnya berkaitan isu ini.

“SPAD pada awalnya hanya mengenakan syarat latihan bagi pemilikan PSV melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mana kini telah ditambah dengan keperluan untuk lulus peperiksaan PSV.

“Ini ditambah pula dengan keperluan untuk menjalani latihan selama 6 jam di Institut Latihan Pemandu yang tidak pernah dipersetujui semasa SPAD membentuk polisi e-hailing.

“Keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan proses transisi pemandu e-hailing untuk memiliki lesen yang sah sehinggalah syarikat-syarikat e-hailing berjaya melobi untuk latihan dibuat di syarikat mereka berdasarkan konsep latihan digital.

“Masalah ini tidak berhenti di sini sahaja, JPJ juga turut mengenakan syarat supaya syarikat-syarikat ini berdaftar sebagai institut latihan memandu dan perlu memenuhi kriteria kelayakan menjadi sebuah institut latihan memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Agyl yang juga merupakan Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO menambah keadaan tersebut menyukarkan syarikat-syarikat e-hailing yang berskala kecil untuk bersaing di dalam pasaran e-hailing.

Jelasnya lagi, selain daripada itu, setelah latihan dijalankan di syarikat e-hailing, mereka masih perlu ke pejabat JPJ untuk peperiksaan dan lulus sebelum mendapatkan PSV.

“Setelah proses latihan dan peperiksaan selesai, mereka perlu mendapatkan kad lesen PSV di pejabat JPJ dan dalam isu ini memandangkan semua syarikat yang menjadi institut latihan memandu perlu berdaftar dengan JPJ, maka lesen ini boleh diambil hanya di pejabat-pejabat JPJ di negeri yang di tempat syarikat e-hailing berdaftar.

“Lebih kurang 250,000 yang perlu menjalani latihan dan peperiksaan dan mendapatkan kad lesen PSV di pejabat JPJ negeri Selangor sahaja.

“Pejabat JPJ yang benar-benar berfungsi mengeluarkan PSV ini di Padang Jawa dan cuba anda bayangkan betapa sesaknya keadaan di situ apatah lagi cuma satu kaunter bagi tujuan ini.

“Saya belum lagi sentuh tentang SOP bayaran yang tidak membenarkan syarikat e-hailing membuat bayaran secara sekaligus di pejabat JPJ. Syarikat-syarikat e-hailing perlu membuat bayaran bagi setiap seorang pemandu mereka secara berasingan,” ujarnya lagi.

ambah Wan Agyl lagi, rata-rata isu yang dibangkitkan ini tidak difahami oleh Anthony secara menyeluruh ,sebaliknya keputusan dibuat dalam keadaan terburu-buru.

“Saya juga tidak sentuh lagi tentang pemeriksaan kesihatan dan lain-lain perkara seperti isu pelekat kenderaan yang lambat dikeluarkan oleh JPJ. Apa yang pasti, JPJ masih lagi tersekat dengan peraturan yang lapuk dan tidak mengikut keperluan semasa.

“Di tambah pula dengan proses yang ‘rigid’ menjadikan proses implementasi polisi baru ini berada di ambang kegagalan.

“Saya mohon kepada Anthony, tolong fahami terlebih dahulu isu dari pelbagai aspek malah saya sanggup terlibat sama dalam meja rundingan bagi membantu kekusutan ini kerana juga telah berpengalaman dalam isu ini dari peringkat awal lagi,” tegasnya.

Semalam kerajaan bersetuju memberi tempoh tambahan tiga bulan melalui pendekatan ‘soft landing’ dan mendidik kepada semua pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat ditetapkan untuk terus beroperasi.

Anthony berkata pihaknya melalui JPJ akan mengambil pendekatan penguatkuasaan berbentuk mendidik secara berperingkat kepada pemandu e-hailing.

Katanya, keputusan itu diputuskan melalui mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin. –MalaysiaGazette

Mahathir Janji Hapuskan Grab Jika Tawan Putrajaya
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/mahathir-janji-hapuskan-grab-jika-tawan-putrajaya/

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN