Kenyataan Mat Sabu Pamer Gelagat Sebenar Perjuangan PAS – Dr Mahathir

PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.

“Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Ilmu Wacana Pemikiran Bersama anjuran kerajaan negeri Melaka dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah.

Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.

Ditanya sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Timbalan Presiden PAS itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.

“Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN