SKMM ambil tindakan 2,823 akaun menyamar di media sosial

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  mengambil tindakan ke atas 2,823 akaun media sosial yang terlibat aktiviti penyamaran dari 2018 hingga pertengahan bulan ini, dengan 80 peratus daripadanya telah dipadamkan selaras dengan terma dan syarat platform masing-masing.

Ketua Pegawai Sektor Pematuhan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada aktiviti penyamaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

“Kesemua tindakan ini diambil susulan aduan orang ramai. Tindakan tegas boleh diambil ke atas pihak yang melakukan kesalahan berpandukan kepada peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain penutupan akaun dengan kerjasama pihak penyedia platform media sosial, Zulkarnain berkata  pendekatan lain yang diambil adalah tindakan penguatkuasaan dan kempen advokasi.

Beliau menggesa pengguna yang menjadi mangsa supaya membuat laporan secara terus kepada pihak penyedia platform media sosial atau SKMM.

Katanya lagi, SKMM melaksanakan program seperti Klik Dengan Bijak (KDB) untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah.  Program itu telah menjangkau lebih lima juta audiens sejak diperkenalkan pada 2012.

Menurut kenyataan itu, tahap penggunaan internet dalam kalangan rakyat adalah tinggi iaitu 28.7 juta orang, dengan memetik sumber daripada Kajian Pengguna Internet 2018 SKMM. — Bernama

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN