[Video] Gempar, patung berhala diletak dalam surau #Provokasi #JanganCariPasal

PENDUDUK Taman Pendamar Indah, di Pelabuhan Klang gempar apabila dikejutkan dengan penemuan patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda, di sini, semalam.

Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara 2.30 petang hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata, patung itu ditemui olehnya ketika mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci, pada 4.15 petang.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah surau bagi melihat sendiri patung tersebut.

“Ketika saya pulang selesai solat Zohor, semua dalam keadaan baik dan tiada patung terbabit, namun apabila saya datang semula ke surau untuk persiapan solat Asar, ada patung berhala yang diletakkan di situ.

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif atau siapa individu yang meletakkan patung terbabit. Tambahan pula, surau ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“Setahu saya, surau ini tidak pernah menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak selain kecurian tabung surau yang sudah berlaku hampir lebih sepuluh kali,” katanya ketika ditemui malam, semalam.
[adinserter block=”10″]
Beliau berkata, perkara ini sangat sensitif berikutan ia mencemarkan tempat ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam.

“Kami kecewa dan terguris dengan kejadian seperti ini yang seolah-olah menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu tampil meminta maaf.

“Pada mulanya kami tidak mahu menimbulkan kekecohan serta memperbesarkan perkara ini, namun kami tidak boleh berdiam diri lagi berikutan ia tidak menghormati agama Islam,” katanya.

Mohd Yatim berkata, susulan penemuan tersebut, dia kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Pandamaran, Klang Selatan, di sini hari ini serta menyerahkan patung itu bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, AJK surau itu, Abd Rahman Mohd Shariff, 46, berkata, dia amat terkejut apabila dimaklumkan dengan penemuan patung tersebut.

“Memang timbul perasaan marah dan geram apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai dengan sengaja meletakkan patung terbabit di bersebelahan pintu masuk ini.

“Ini adalah kejadian kali pertama dan saya kira ia sepatutnya tidak patut berlaku di rumah agama. Ia perkara yang sangat sensitif. Kami harap agar perkara ini disiasat,” katanya.
[adinserter block=”18″]

LIHAT video:
https://youtu.be/t19isWn8u3c

https://youtu.be/t19isWn8u3c

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN