[Video] Skandal Tanah Ijok: Bekas peneroka buat laporan SPRM

Masak lah Azmin!

Seorang bekas peneroka tanah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tampil membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, berkaitan kes penjualan tanah di Ijok.

Mohd Fadzil Ibrahim, 65, berkata kehadirannya ke pejabat SPRM pada jam 9.45 pagi tadi berikutan mengesyaki ada pihak terbabit dalam menandatangani perjanjian penyelesaian di Mahkamah Persekutuan sebelum ini, menerima suapan.

“Saya hadir hari ini untuk membuat laporan berhubung pihak yang menandatangani perjanjian penyelesaian (membabitkan tanah di Ijok) di Mahkamah Persekutuan.

“Pihak berkenaan juga disyaki menerima suapan untuk berkompromi dengan hak dan kepentingan peneroka.

“Pendedahan dan perkembangan terbaru berhubung kes tanah Ijok juga menguatkan kemungkinan maklumat diterima peneroka juga benar dan perlu disiasat SPRM,” katanya.

Mohd Fadzil yang ditemani isterinya membacakan kenyataan ringkas itu kepada media di pejabat SPRM Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, beliau adalah antara 113 peneroka yang terbabit dalam isu penjualan tanah di Ijok yang turut membabitkan kerajaan negeri.

“Kita berharap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus, supaya kemelut isu tanah peneroka dapat dirungkaikan dan diselesaikan segera,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pada 20 Mac lalu, SPRM menahan enam individu, termasuk dua yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan isu penjualan tanah milik Kerajaan Selangor di Mukim Ijok.

Bagaimanapun, empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya, dengan jaminan masing-masing RM25,000 oleh dua penjamin.

Lihat video:
https://youtu.be/dEoNtfUe7FE

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/ijok

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN