1MDB: Tony Pua Mengelirukan Orang Ramai Dan Melakukan Sabotaj Ekonomi 

Berhentilah mengelirukan orang ramai, Tony Pua, sabotaj ekonomi anda telah gagal.

1MDB merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Tony Pua semalam,  dimana beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang salah serta mengelirukan.

YB Tony mendakwa bahawa 1MDB kini merupakan ‘cengkerang kosong’ yang dibelenggu hutang ‘RM40 bilion’. Dalam usaha beliau untuk mengelirukan rakyat, beliau tidak memaklumkan bahawa beliau merupakan salah seorang dari ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang telah mencadangankan supaya sebahagian besar aset 1MDB dipindahkan dari 1MDB, kepada Menteri Kewangan diPerbadankan (MOF Inc.).

Sebagai balasan untuk aset yang dipindahkan, antara lain, TRX, Bandar Malaysia, tanah Pulau Indah dan tanah Air Hitam, 1MDB akan menerima bayaran dari masa ke semasa. Bayaran tersebut, bersama dengan hasil pengewangan aset, akan digunakan untuk pembayaran faedah dan prinsipal hutang bon dan sukuk jangka masa panjang 1MDB, yang pada masa ini berjumlah kira-kira RM32.5 bilion (menurut kadar pertukaran wang asing terkini) dan bukannya RM40 bilion sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Tony.

YB Tony telah mempersoalkan, “Bagaimanakah 1MDB dapat menjana keuntungan?”. Kami ingin meminta YB Tony untuk merujuk semula kepada Laporan PAC 1MDB bertarikh 7 April 2016, muka surat 80 (yang juga boleh dimuat turun melalui laman web Parlimen Malaysia).

Maklumat pada muka surat 80 itu telah dibentangkan kepada PAC (yang mana YB Tony merupakan salah seorang dari ahli) . Antara lain, ia mengandungi butiran lanjut mengenai anggaran aliran kewangan program rasionalisasi 1MDB, yang mana menunjukkan lebihan sejumlah kira-kira RM3 bilion. Andaian konservatif disebalik aliran kewangan tersebut juga diterangkan pada muka surat 81. Melalui pengawasan yang bersesuaian serta pembangunan hartanah secara kompeten di bawah MOF Inc. dan pengewangan aset-aset lain dari masa ke semasa, berkemungkinan besar, lebihan akan dijana, sama ada di peringkat 1MDB mahupun di peringkat pemegang saham penuh, iaitu MOF Inc.

YB Tony dengan sengaja mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahawa pelaburan 1MDB yang berjumlah RM12.1 bilion di dalam sektor tenaga telah mengakibatkan 1MDB mengalami kerugian bernilai berbilion ringgit apabila 1MDB menjual kepentingan tenaga kepada CGN pada nilai RM9.3 bilion. Beliau bukan sahaja mengemukakan angka yang salah, malah beliau tidak menyatakan bahawa walaupun nilai kasar pembelian adalah berjumlah RM12.05 bilion, syarikat tenaga yang dibeli mempunyai RM1.63 bilion tunai di dalam akaun, dan oleh itu, nilai pembelian bersih adalah kira-kira RM10.42 bilion.

Tambahan pula, sepanjang tempoh pemilikan, sekurang-kurangnya RM2.18 bilion telah dihasilkan melalui dividen, yang mana sejumlah besarnya digunakan bagi membayar faedah ke atas hutang untuk pengambil-alihan syarikat. Oleh yang demikian, setelah wang tunai, dividen dan kos-kos lain diambil kira, apabila penjualan dibuat kepada CGN pada nilai RM9.83 bilion tunai (bukannya RM9.3 bilion sebagaimana yang disebut oleh YB Tony), 1MDB mencatatkan pencapaian yang hampir memulangkan modal (nota: jumlah akhir adalah tertakluk kepada pengesahan audit). Pencapaian ini boleh dibanggakan, jika dibanding dengan situasi sabotaj ekonomi yang dilakukan pembangkang keatas 1MDB pada ketika itu.

YB Tony mendakwa bahawa 1MDB tidak membantu dalam menyelesaikan masalah Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) yang berat sebelah kepada penjana tenaga bebas (IPP), kerana beliau mendakwa bahawa tiada sebarang pengurangan tarif elektrik. YB Tony Pua sebenarnya mengelirukan tariff PPA (yang mana penurunan kosnya telah dibantu 1MDB) dengan tariff elektrik.

Sebagaimana YB Tony sedia maklum, tariff PPA hanyalah salah satu dari komponen tariff elektrik, dengan komponen lain seperti kos bahan api, penghantaran dan pengedaran. Faktanya adalah 1MDB mewujudkan persaingan ketika membida untuk PPA bagi stesen janakuasa baru dan pembaharuan kontrak PPA bagi stesen janakuasa sedia ada.

Hasil dari penglibatan 1MDB didalam pembidaan tersebut, tariff janakuasa PPA baru dan sedia ada telah berkurang antara 1-2 sen bagi setiap KW/H dan 1MDB merupakan pembida terendah antara semua pembida dan telah memenangi bidaan tersebut. Berdasarkan pada kadar faktor kapasiti 85%,  pengurangan tariff 1 sen bagi setiap KW/H bagi penjanaan tenaga sebanyak 2000MW untuk tempoh 20 tahun, boleh menghasilkan penjimatan kos sehingga RM3 bilion sepanjang hayat PPA, bagi setiap satu loji jana kuasa. Penjimatan ini akan berlipat kali ganda melalui PPA yang lain. Ini seterusnya akan mengurangkan kos keseluruhan tariff PPA untuk TNB, yang merupakan pembeli tunggal bagi kesemua PPA, dan seterusnya menyumbang kepada tariff elektrik.

YB Tony seharusnya berhenti dari mengelirukan rakyat, dan menerima hakikat bahawa sabotaj ekonomi pembangkang ke atas 1MDB untuk keuntungan politik pembangkang, telah gagal.

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Dikeluarkan pada 26 Oktober 2017

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN