Majlis Syura PAS Bakal Putuskan Hubungan Dengan PKR

Hubungan PAS dengan PKR sudah mula gelora. Di Kedah ribut melanda khemah khemah PAS. Di Selangor, sejuknya bilik Exco Kerajaan Negeri Selangor sudah mulai dihirup dan dirasai oleh ADUN PAN.

Bila cakap sudah putus, bermakna sudah tiada hubungan lagi dengan PKR. Namun di Selangor, nampaknya masih ada “hubungan intim” antara PAS dan PKR. Bila hendak putus betul?

Minggu lepas, Dewan Ulama PAS telah meluluskan usul untuk memutuskan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan usul berkenaan diterima tanpa bahas.

Ia akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang akan bersidang secepat mungkin untuk merungkaikan kekusutan ahli-ahli berkaitan tahaluf berkenaan.

Meskipun usul berkenaan diluluskan oleh Dewan Ulama, namun ia tertakluk kepada keputusan MSU mengikut peruntukan perlembagaan PAS.

Memandangkan 21 PAS kawasan telah mengusulnya dalam mesyuarat masing-masing selain Dewan Ulama PAS Pusat dan Pemuda PAS, maka tiada masalah bagi MSU untuk menerima keputusan yang dibuat itu.

Apatah lagi boleh dikatakan kebanyakan ahli jawatankuasa MSU sendiri adalah pemimpin PAS yang lantang bersuara mendesak supaya kerjasama dengan PKR itu segerw diputuskan.

Mereka termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,  Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Nik Abdul Nik Abdul Aziz.

Dalam hal ini juga, adalah perlu bagi ahli-ahli PAS mentaati keputusan yang dibuat kepemimpinan berhubung tahaluf siyasi dengan PKR terutama dalam keadaan di mana pilihan raya umum semakin dekat maka kesetiaan penuh kepada parti adalah dituntut.

Ia juga selaras dengan pendekatan yang diambil oleh Abdul Hadi  yang dengan lantang menolak kerjasama dengan DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Abdul Hadi sendiri sebelum ini dalam nada keras menyifatkan dengan menyertai Pakatan Harapan, biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.

Malah kegagalan PKR untuk memberikan sokongan penuh kepada PAS ketika membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, turut menyumbang kepada keputusan untuk memutuskan kerjasama terbabit.

Selain itu, kenyataan pimpinan PKR sendiri yang celupar dan biadap terhadap PAS telah menunjukkan mereka tidak mempunyai sikap setiakawan, justeru apa perlunya PAS bersama mereka meskipun sudah bekerjasama dalam dua pilihan raya lalu.

Gelaran Tok Lebai misalnya oleh Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akar umbi PAS kerana ia dianggap sebagai satu penghinaan kepada presiden mereka.

“Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami (tidak boleh diterima),” demikian kata Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nik Mat ketika berucap pada Muktamar Dewan Ulama di Kedah, beberapa hari lalu.

Sejauh mana PAS benar benar berani mengotakan usul untuk putus dengan PKR ini? Sudah beberapa hari menang sebagai Naib Presiden PAS pun masih lagi menikmati gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR.

Bila Naib Presiden PAS ini hendak letak jawatan sebagai Exco?  Atau menunggu keputusan Majlis Syura Ulama untuk keputusan akhir.

Hubungan PAS dengan PKR ini sudah jatuh hukum haram jika mengikut keputusan muktamar. Jika tidak putus juga dalam minggu ini, bermakna PAS hanya berkokok sahajalah di muktamar. Akhirnya tunduk juga pada PKR dan DAP.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN