Fenomena Air Pasang Besar: 17 Lokasi Di Selangor Diramal Banjir

SHAH ALAM: Sebanyak 17 lokasi membabitkan lima daerah di Selangor diramal berdepan banjir berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 16 hingga 19 Oktober ini.

Setiausaha Jawatankuasa Bencana Negeri Selangor, Ahmad Afandi Mohamad, berkata paras air akibat fenomena itu dijangka meningkat sehingga 5.7 meter, melebihi paras air yang direkodkan ketika fenomena air laut pasang besar bulan lalu, iaitu 5.6 meter.

“Di daerah Klang, kawasan diramal terjejas ialah Sungai Serdang, Bandar Klang, Taman Melawis, Kampung Tok Muda, Pandamaran, Taman Selat Damai, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Lima dan Pulau Ketam.

“Sabak Bernam pula membabitkan Kampung Sungai Air Tawar dan Sungai Tengar, manakala di Kuala Selangor, lokasi dijangka terjejas ialah Pasir Penambang, Bagan Pasir dan Pantai Remis.

“Kawasan pesisir Pantai Bagan Lalang bagi Sepang serta Pantai Kelanang dan pesisir Pantai Tanjung Sepat di Kuala Langat juga termasuk dalam kawasan yang diramal berlaku banjir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Bencana negeri, Ahmad Fairuz Mohd Yusuf, berkata penduduk di semua kawasan berisiko perlu mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan, bermula jam 2 petang, pada 15 Oktober ini.

“Sebagai langkah persediaan, sebanyak 414 pusat pemindahan akan dibuka. Bencana ini mungkin berlaku sekiranya hujan lebat dengan dibantu tiupan angin kencang. Jadi, penduduk dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa, selain mengambil langkah persediaan sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat meramalkan fenomena air pasang berserta ombak besar dan angin kencang akan melanda Pantai Barat Semenanjung pada 17 hingga 20 Oktober dan 14 hingga 17 November ini.

Berikutan itu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah mula mengambil langkah berjaga-jaga dan mempersiapkan agensi masing-masing bagi menghadapi fenomena air pasang besar luar biasa yang dijangka berlaku pada minggu ketiga bulan ini.

 20161008-air-pasang-besar-selangor

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN