Tempat Jauh Jadi Dekat Dengan ETS

ets-jadual-tambangJika dahulu, untuk sampai ke Perlis dari Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 10 jam diperlukan sekiranya menaiki kereta api konvensional atau jika inginkan masa lebih pendek, perlu memandu sendiri atau menaiki bas.

Sekiranya memandu, paling tidak tujuh jam diperlukan bagi menempuh perjalanan lebih 500 kilometer. Itu belum mengambil kira keletihan dan sakit badan akibat memandu, dan tambahan masa untuk berhenti rehat dan melepaskan lelah, di samping bayaran tol dan bahan api.

Kini, orang ramai mempunyai pilihan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan rel yang lebih selesa dan berbaloi daripada segi masa.

CEPAT DAN SELESA

Menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur ke Padang Besar, yang diperkenalkan KTM Berhad (KTMB) pada Julai lepas, perjalanan kini hanya mengambil masa kira-kira lima jam setengah.

Sama ada tujuan ke utara Semenanjung itu untuk balik kampung, menziarahi sanak-saudara atau berjalan-jalan di Padang Besar, sebuah pekan kecil di sempadan Malaysia-Thailand yang terkenal dengan jolokan ‘syurga untuk membeli-belah’, perjalanan menggunakan ETS adalah lebih selesa dan serba moden, dengan harga tiket berpatutan.

Tiket bagi perjalanan sehala dari Kuala Lumpur Sentral ke Padang Besar berharga RM80 seorang manakala perjalanan sehala dari Gemas, Negeri Sembilan ke Padang besar berharga RM102 seorang.

Yang sedemikian, tidak hairanlah tiket-tiket ETS mendapat sambutan hangat orang ramai.

Pengurus Kanan (Pemasaran & Perhubungan Pelanggan) KTM Intercity Mohd Noordin Kimi berkata pada hari pertama operasi iaitu 11 Julai lepas, hanya 85 penumpang menggunakan ETS sebelum jumlahnya bertambah kepada 220 orang pada hari kedua.

Pada hari-hari berikutnya, tiket perkhidmatan kereta api laju itu mendapat sambutan amat menggalakkan bagaikan pisang goreng panas, hingga menyaksikan ia penuh sejak hari ketiga hinggalah ke hari ini.

“Sejak dilancarkan, kira-kira 100,000 penumpang telah menaiki ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar…memandangkan ETS kini menjadi pilihan ramai, KTMB yakin akan mencapai sasaran melebihi satu juta penumpang pada tahun ini,” katanya kepada wartawan yang menyertai program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan ke negeri Perlis baru-baru ini.

Kecanggihan dan keselesaan yang ditawarkan di dalam tren ETS, ditambah dengan kelajuan mencecah 140 kilometer sejam membuatkan perjalanan jauh itu bagaikan sekejap sahaja.

Perkhidmatan persis menaiki pesawat, yang lengkap dengan seorang kapten, tiga pramugara atau pramugari bagi membantu para penumpang sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju.

Sekiranya tidak mahu melelapkan mata, di luar jendela, mata boleh menikmati pemandangan indah menelusuri kawasan perkampungan, tasik, sawah padi dan bukit bukau dalam perjalanan melewati antara Selangor, Perak, tanah besar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“ETS ke Padang Besar ini pastinya menawarkan satu pengalaman baharu kepada penumpang…ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan yang tepat, mesra dan selesa, malah ia boleh dipercayai untuk membawa mereka sampai dengan selamat ke destinasi,” katanya.

KENDERAAN DARAT PALING SELAMAT

Mohd Noordin berkata perkhidmatan kereta api dan tren KTMB adalah perkhidmatan darat yang menjanjikan perjalanan paling selamat di negara ini.

“Paling penting ialah faktor keselamatan…kemalangan maut yang melibatkan perkhidmatan kereta api terakhir berlaku pada 1991 yang menyaksikan seorang terkorban. Sehingga sekarang, perkhidmatan KTMB berjalan dengan cukup baik,” katanya.

Selain perkhidmatan pergi balik Kuala Lumpur-Padang Besar-Kuala Lumpur pada setiap hari, KTMB menyediakan perkhidmatan pergi balik dari Gemas-Padang Besar-Gemas, juga setiap hari, yang dilancarkan pada 10 Okt lepas.

Jika memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur, penumpang akan melalui 12 perhentian sebelum sampai ke hentian terakhir di Padang Besar. ETS akan singgah sebentar di hentian berkenaan bagi mengambil dan menurunkan penumpang.

Stesen terlibat adalah Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Arau sebelum tiba di Padang Besar.

“Seramai 312 orang penumpang boleh dimuatkan di dalam enam gerabak untuk satu-satu masa…tren dari Kuala Lumpur Sentral bergerak pukul 9.30 pagi setiap hari manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pukul 4 petang,” katanya.

TREN TAMBAHAN UNTUK TAMPUNG PERMINTAAN

Ekoran permintaan menggalakkan, Mohd Noordin berkata satu perkhidmatan tren tambahan dari Kuala Lumpur disediakan pada pukul 11 pagi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Kalau pada musim-musim yang terlalu ramai orang, KTMB akan sediakan perkhidmatan tambahan menggunakan ETS buatan Korea yang digunakan untuk perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh dan jika terlalu mendesak, KTMB tambah dua gerabak untuk setiap perjalanan,” katanya.

Pada masa ini KTMB mempunyai dua set ETS yang dibuat dan dipasang di China dan bakinya sebanyak lapan set dijadualkan diterima secara berperingkat pada tahun hadapan.

“Set kelima hingga kesepuluh nanti akan dipasang di Batu Gajah, Perak, kecuali yang lain siap dipasang dari China.

“Dengan penerimaan dan pentauliahan set-set itu mulai tahun hadapan, KTMB akan dapat menjadual semula perjalanan ETS dengan meningkatkan kekerapan perkhidmatan termasuk perjalanan dari selatan ke utara,” katanya.

FASILITI SERBA LENGKAP

ETS baharu serba canggih ini dilengkapi dengan tandas moden jenis vakum, surau dan tempat berwuduk, pemantauan setiap gerabak melalui kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang masa oleh kapten tren, televisyen LED, kemudahan meletak bagasi, mini bistro yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman panas.

Bistro berkenaan dilengkapi dengan dua set ketuhar pemanggang mikro dan antara menu ditawarkan seperti nasi lemak, meehun dan mi goreng.

Selain itu, tren juga dilengkapi dengan satu soket kuasa bagi setiap tempat duduk berkembar untuk mengecas telefon bimbit, komputer riba atau peranti elektronik lain, selain kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU).

“Banyak penambahbaikan terhadap fasiliti di dalam ETS baharu ini berbanding perkhidmatan ETS pertama negara, Kuala Lumpur-Ipoh yang beroperasi sejak 12 Ogos 2010.

“Pada masa sama, KTMB mahu merakyatkan perkhidmatan ETS dengan tidak meletakkan kelas-kelas kerana kita sedar pengguna ETS terdiri daripada pelbagai bangsa dan golongan termasuk pelajar,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN