Kerajaan Persekutuan Kumpul Hasil RM220.63 Bilion Tahun Lepas, Ketua Audit

ketua audit negara+ambrin buang

Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM220.63 bilion pada 2014, meningkat RM7.256 bilion atau 3.4 peratus berbanding RM213.370 bilion tahun sebelumnya.

Hasil cukai dan terimaan bukan hasil menunjukkan peningkatan manakala hasil bukan cukai dan hasil Wilayah Persekutuan menunjukkan penurunan, demikian menurut Ketua Audit Negara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar mengenai laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2014 serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen di sini hari Isnin.

Peningkatan hasil sebahagian besarnya disumbangkan oleh cukai pendapatan individu dan syarikat, hasil lesen, bayaran pendaftaran dan permit, duti eksais terhadap barangan import dan cukai jualan atas barang-barang perkilangan dalam negeri.

Perkembangan ekonomi domestik yang stabil serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyumbang kepada peningkatan hasil, katanya.

Bagaimanapun, kutipan cukai pendapatan petroleum serta faedah dan perolehan daripada pelaburan menunjukkan pengurangan berbanding 2013 disebabkan penurunan harga petroleum mentah dan terimaan dividen yang lebih rendah daripada syarikat Kerajaan.

Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik, dengan 172 kementerian/Jabatan/Agensi yang mendapat penarafan empat bintang (sangat baik) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.

Sementara itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan Negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat.

Kandungan Laporan Ketua Audit Negara ini serta sinopsisnya boleh dilayari di http://www.audit.gov.my sementara satu sesi townhall bersama media mengenainya akan diadakan pada 2 Dis, 2015 di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam, Kompleks C, Putrajaya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN