Banjir Lumpur: 25 Penghuni Kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Berjaya Diselamatkan

kuaters-perhutanan-pahang-lentang-2

BENTONG — Sejumlah 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang terletak berhampiran lokasi tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berjaya diselamatkan selepas terputus hubungan berikutan kejadian itu, malam ini.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Morni Mamat berkata satu unit daripada 10 buah unit kuarters terjejas selepas jalan utama yang menghubungkan kuarters berkenaan dinaiki air yang turut membawa serpihan dan pasir ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan termasuk seorang ibu yang masih berpantang dan ditempatkan di sebuah masjid di Lentang buat sementara waktu.

“Sebanyak 12 anggota bomba dari Bentong, Karak dan Genting Highlands dikerah ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terperangkap di kuarters itu sejurus menerima panggilan pada pukul 6.30 petang.

kuaters-perhutanan-pahang-lentang-1

“Aliran air masih lagi berlaku di belakang kuarters berkenaan dan bomba akan memantau struktur bangunan itu dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Morni berkata taburan hujan yang melebihi paras biasa dipercayai menjadi punca utama berlakunya kejadian banjir lumpur yang membawa kepada tanah runtuh di situ.

“Taburan hujan berkenaan telah menyebabkan lumpur dan kayu mula hanyut dibawa daripada arah kawasan bukit sebelum turun ke jalan raya.

“Justeru, pihak bomba telah mengarahkan pihak konsesi lebuh raya untuk menutup laluan ini buat sementara waktu bagi memudahkan pihak penyelamat memantau keadaan dan struktur jalan berikutan masih terdapat pergerakan air dan tanah,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak lapan orang pengguna lebuh raya yang terperangkap akibat kejadian banjir lumpur dekat sini disahkan selamat.

“Kesemua mangsa disahkan selamat sejurus bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, sebanyak 70 anggota bomba dari Bentong, Karak, dan Genting Highlands termasuk pasukan bomba sukarela dari Kuala Lumpur dan Gombak dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 6.30 petang bagi tujuan menyelamat mangsa dan membersihkan kawasan sekitar yang terjejas akibat kejadian itu.

Tinjauan Bernama juga mendapati trafik sesak sepanjang 14 kilometer di laluan yang terjejas di lebuh raya berkenaan akibat kejadian itu.

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya KL-Karak (KLK) Anih Berhad dalam kenyataan berkata pihaknya bertindak menutup laluan kedua-dua hala atas faktor keselamatan.

Kenyataan itu menyebut tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori terkandas di tempat kejadian namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Pihak KLK sedang giat melakukan kerja pembersihan serta mengadakan laluan kontra.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN