Guru Besar Hilang: Radius Kawasan Operasi SAR Dikecilkan Mulai Esok

guru-besar-hilang-kuala-kubu-bharu-kawasan-carian

KUALA KUBU BHARU: Radius kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu, mulai esok akan diperkecilkan dengan tumpuan diberikan kepada lokasi terakhir beliau dilaporkan dilihat.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata ia dibuat selepas melihat kepada faktor hutan yang tebal serta usia dan tenaga Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat Satu itu, yang berusia 53 tahun.

“Kita perlu terus memperkembangkan lagi gerakan mencari dengan jarak yang munasabah kerana kami percaya beliau tidak mampu untuk bergerak dengan lebih jauh berdasarkan faktor fizikal hutan berkenaan yang mencabar serta usia mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu, Abdul Samah meninjau pusat kawalan operasi SAR di Hutan Simpan Bukit Kutu, di sini.

Jashiah yang dilapor hilang pada 23 Okt lepas, kali terakhir dilapor dilihat di sebuah ladang getah di kawasan pinggir Bukit Kutu, terletak kira-kira dua kilometer (KM) dari pusat kawalan operasi.

Beliau berkata, selain radius pencarian yang akan dikecilkan, operasi SAR mangsa turut diperhebat dengan tambahan anggota Batalion Pasukan Gerakan Awam (PGA), Sungai Perak bermula esok.

Ditanya sama ada wujud kemungkinan Jashiah diculik, Abdul Samah menolak andaian berkenaan sambil menambah bahawa tiada bukti konkrit untuk mengaitkan perkara itu dan kes masih diklasifikasi sebagai orang hilang.

Mengulas mengenai operasi SAR hari ini, beliau berkata kawasan pencarian meliputi tiga kilometer persegi, melibatkan 75 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan Gombak serta penduduk kampung berkenaan.

Ditanya mengenai usaha mengumpan mangsa dengan meletakkan bungkusan makanan di lokasi strategik sekitar lokasi pencarian, Abdul Samah berkata tiada petunjuk 30 bungkusan makanan yang diletakkan mulai semalam disentuh.

“Hari ini, seorang anggota paraglider menggugurkan 29 lagi bekalan makanan dari udara di kawasan hutan berkenaan,” katanya.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang 23 Okt dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 km.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN