PM Jawab Isu RM2.6 Bilion Pada Persidangan Kali Ini – Peguam

Selepas prosiding mahkamah, Hafarizam berkata anak guamnya akan menjawab berkenaan RM2.6 bilion itu di Parlimen, justeru beliau mahu saman itu dibatalkan sebelum berbuat demikian.

“Saya mahu pembatalan saman itu dilakukan supaya apabila PM menjawab di Parlimen, kes ini bebas daripada perbahasan kehakiman, yang ada cuma perbahasan politik atau parlimen.

Dato Seri Mohd Najib pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau pada sesi persidangan Dewan Rakyat.

Peguamnya Datuk Hafarizam Harun pada Selasa berkata, satu tarikh awal akan diminta daripada Mahkamah Tinggi untuk mendengar permintaan perdana menteri untuk membatalkan saman berhubung dana itu.

Katanya, beliau tidak mahu jawapan Najib di Parlimen meninggalkan kesan kepada perbicaraan itu nanti.

“Saya minta tarikh pengurusan kes awal dan tarikh perbicaraan awal kerana perdana menteri dijadualkan menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion di Parlimen dan saya tidak mahu jawapan di Parlimen mempunyai pengaruh terhadap perbicaraan di sini dan begitu juga sebaliknya.

“Apa sahaja yang dihujahkan di sini tidak akan dibangkitkan di Parlimen apabila perdana menteri menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion itu,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di mahkamah, Selasa.

Hafarizam mahu mahkamah menetapkan 4 November sebagai tarikh pengurusan kes, tetapi peguam plaintif, Michelle Kumar, memohon tarikh itu ditangguhkan dan ia dipersetujui Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

“Jadi, arahan saya ialah supaya permohonan ini dibuat secepat mungkin,” katanya.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 November bagi pengurusan kes akhir bagi semua pihak terlibat memfailkan afidavit balas dalam saman terhadap Najib, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saman sivil itu difailkan PKR, memohon keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dibatalkan oleh mahkamah atas dakwaan kesalahan pilihan raya yang dilakukan Najib susulan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Dana itu dipindahkan menerusi beberapa syarikat berkaitan 1MDB, dengan sebahagian besar darinya dipindahkan sebelum PRU13 pada Mei 2013.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN