PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS: Enam Didakwa Membunuh, Dua Lagi Bersubahat

Enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu, Isnin.

Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Di kandang tertuduh ialah G. Gunasekaran, 47, R.Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, yang didakwa bersama-sama membunuh Kevin, 55, dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul, di sini ke No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya, Selangor.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi hingga 8 malam, 4 Sept lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pertuduhan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Dr Kolonel K Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 302 kanun sama, yang turut membawa hukuman mati mandatori.

Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan tiada sebarang pengakuan direkodkan setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Barisan pendakwaan yang dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Ahmad Dusuki Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Majistret Siti Radziah Kamardin kemudiannya menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan kes.

Peguam M. Manoharan mewakili Dinishwaran manakala Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Dr Kunaseegaran. Tertuduh lain tidak diwakili.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pula, mekanik A. Murugan, 44, didakwa bersubahat dengan enam lelaki terbabit dan Dr Kunaseegaran melakukan kesalahan itu di No 20 Desa Mentari di sini, di antara jam 9.30 pagi hingga jam 8 malam, 4 Sept lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memohon tempoh dua bulan sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Mahkamah menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa berkata Dr Kunaseegaran, yang bertugas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, dan Murugan akan dihukum mati jika sabit kesalahan walaupun hanya didakwa atas tuduhan bersubahat.

Menurutnya, undang-undang menyatakan bahawa sesiapa yang dituduh bersubahat dalam apa-apa kes turut berdepan hukuman sama dengan hukuman kesalahan utama.

“Cuma berbeza jika seseorang itu dituduh ‘cuba’ melakukan kesalahan dalam apa jua kes dan dia boleh dikenakan hukuman separuh daripada hukuman utama,” katanya.

Sementara itu, galeri awam mahkamah dipenuhi anggota keluarga mendiang termasuk dua adik lelakinya, Charles Suresh, 53, dan Datuk Richard Dilaan, 49.

Beberapa timbalan pendakwa raya dan majistret lain turut hadir. Media dan orang awam menunggu prosiding bermula sejak pukul 9 pagi.

Richard ketika ditemui pemberita berkata: “Setiap orang menjalankan tugas dengan baik. Itu saja yang saya boleh cakap. (Sekarang) kita serahkan saja kepada mahkamah,” katanya.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN