Hadi Awang gembira ramai Anwarinas keluar PAS

mat-sabu-anwarinas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil anggota parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah sebagai satu proses pembersihan parti.

Beliau turut tidak risau dengan perkembangan itu kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan.

“Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir … bah, pasir pun berubah.

“Kita tak risau, tak risau … gembira, gembira … keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan yang lalu, kita telah menerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian tapi belum diproses,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.

Sebelum ini beberapa kumpulan anggota PAS peringkat negeri dan cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti itu termasuklah Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 anggota jawatankuasanya yang meletakkan jawatan kerana mendakwa parti itu semakin “eksklusif”.

Turut melakukan perkara yang sama ialah 12 anggota PAS cawangan Jelebu, Negeri Sembilan yang mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membuat penyertaan langsung dalam Himpunan Bersih 4.0 dijadual 29 Ogos ini sebaliknya hanya menghantar dua wakil iaitu Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad kerana akan menganjurkan majlis sendiri pada masa akan datang.

Bagaimanapun PAS tidak menghalang mana-mana anggota parti yang mahu menyertai himpunan tersebut dan tiada galakan untuk menyertainya memandangkan PAS bukanlah penganjur bersama seperti pada himpunan Bersih yang diadakan sebelum ini, katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN