Tiga wakil rakyat 
Pas sertai GHB

Saari Sungib GBH

Tiga wakil rakyat Pas di Se­langor hari ini mengesahkan akan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi Pas di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan Pas telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar Pas bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan Pas tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli Pas lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Pas kena ingat, parti itu dulunya hanya dianggap parti kampung atau Pantai Timur tetapi akhir­nya mendapat banyak sokongan melalui dasar keterbukaannya dan kerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan menggantikan Pas bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Saari Sungib yang turut digantung keahlian Pas memberitahu, beliau membuat keputusan menyertai parti baharu atas prinsip demokrasi.

“Saya bukan lagi pemimpin Pas kerana keahlian saya dalam Pas digantung sehingga Oktober ini. Atas prinsip demokrasi, saya menyokong GHB seterusnya parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti,” katanya menerusi aplikasi Whats­App.

Siti Mariah pula menjelaskan, terpulang kepada kepimpinan parti untuk memecatnya sekiranya beliau menyertai parti baharu nanti.

“Saya tunggu parti baharu ditubuhkan terlebih dahulu kerana kini masih dalam proses. Saya tidak perlu keluar kerana dengan sendirinya akan gugur jika saya sertai parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang daripada Pas, Mohamed Hanipa Maidin yang difahamkan turut akan menyertai parti baharu terbabit gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Panggilan telefon yang dibuat kepadanya tidak dijawab manakala mesej menerusi WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN