Set Kereta Api Baharu KL – Padang Besar Masih Diuji

ets-ktmb-padang-besar

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur-Padang Besar yang bermula pada 10 Julai lepas belum lagi menggunakan kereta api baharu yang ketika ini masih diuji.

Sebaliknya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laluan itu pada masa ini menggunakan kereta api sedia ada sehingga dua set tren baharu untuk tujuan itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Saya menyerahkan kepada pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SPAD untuk menilai ciri-ciri keselamatan kereta api baharu itu,” kata beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di sini, hari ini.

Liow yang juga Presiden MCA mengulas laporan berita baru-baru ini mengenai dua set kereta api baharu yang diperoleh KTMB daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd dari China yang masih gagal mendapat kelulusan SPAD untuk memulakan operasinya.

Kelewatan kelulusan itu dikatakan ada kaitan dengan sistem keselamatan perlindungan automatik tren (ATP).

“Sebenarnya tiada masalah. Cuma ia mungkin perlukan sedikit pelarasan kepada sistem ATP,” katanya.

Sebelum ini, KTMB melancarkan perkhidmatan ETS untuk laluan Kuala Lumpur-Padang Besar pada 10 Julai lepas.

Mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini, Liow berkata semua pihak perlu menjadikannya sebagai iktibar untuk tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan sewenang-wenangnya.

Beliau turut memuji kecekapan polis dalam mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk lagi.

Insiden di Low Yat pada 11 Julai lepas yang berpunca daripada kes mencuri telefon bimbit bertukar menjadi isu perkauman apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk mengapi-apikan keadaan dengan menyebarkan maklumat berbaur perkauman.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN