Low Yat: Kes Curi Punca Insiden Pergaduhan – KPN

lowyat-rusuhan-2

Insiden yang mengakibatkan pergaduhan di Plaza Low Yat pada Ahad bermula daripada kes kecurian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, dua lelaki ditahan pada pukul 7.50 malam Sabtu apabila seorang suspek disyaki mencuri sebuah telefon di sebuah kedai di dalam gedung itu dan seorang lagi merupakan rakannya.

Menurut Khalid, kedua-dua suspek ditahan oleh pekerja kedai telefon berkenaan, Oppo Malaysia dan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek pencuri itu ditahan di dalam lokap manakala rakannya dibebaskan atas budi bicara tanpa merujuk kepada pegawai atasan.

“Suspek (rakan) kemudiannya mereka-reka cerita kepada rakan-rakannya dan mengatakan bahawa (pekerja) Oppo menipu mereka, tetapi sebenarnya mereka mencuri telefon itu dari kedai lain dan bukannya Oppo,” kata Khalid kepada pemberita di Plaza Low Yat selepas membuat tinjauan di gedung itu pada Isnin.

Menurut rakannya, dia mempunyai resit pembelian tetapi ia tidak benar apabila kami membuat pemeriksaan.

“Dia juga mendakwa telah membuat laporan kepada kita tetapi tiada apabila kita membuat semakan dalam sistem. Dia menipu. Jadi hentikan menyebarkan berita tidak benar,” kata Khalid.

Tambah Khalid, polis juga memangil pekerja Oppo untuk membantu siasatan.

Polis menahan 19 orang, berusia antara 19 dan 26 tahun dan direman selama empat hari bermula Isnin.

Khalid berkata, polis akan memantau kenyataan di media sosial yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Pada Sabtu lalu, satu pergaduhan berlaku selepas sekumpulan remaja datang ke kedai di aras bawah Plaza Low Yat.

Insiden itu membawa kepada himpunan kira-kira 100 orang yang memulakan kekecohan di plaza itu pada pukul 6.30 petang Ahad.

Kumpulan itu berhimpun bagi membuat bantahan yang mendakwa polis menjalankan siasatan bersifat “berat sebelah”.

Khalid berkata, pegawai penyiasat yang membebaskan rakan suspek akan disoal siasat.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN